RISIKO DI SEBALIK MEMILIKI SEBUAH TV BESAR
Sekarang ni, boleh dikatakan, hampir setiap penghuni rumah menginginkan peti televisyen bersaiz besar di rumah masing2. Mungkin salah satu faktor utama ialah untuk mendapatkan paparan imej yang lebih jelas, menarik & besar, nak2 lagi dalam resolusi High Definition. Jenis televisyen pula sudah tentunya flat screen, kerana selain lebih ringan & tampak lebih hi tech dari tv biasa, ia juga menjimatkan penggunaan ruang di dalam rumah.
Tapi bagaimana pula dengan peti telivisyen bersaiz besar yang biasa-dalam erti kata lain yang bukan flat screen ini. Mungkin ia bukan pilihan utama pada kita, tapi kerana harganya yang jauh lebih murah dari sebuah telivisyen flat screen, pasti ada juga dikalangan kita yang ingin membelinya. Namun sedarkah kita ada risikonya juga bila menempatkan televisyen sebegini di aras yang tinggi, seperti diatas rak televisyen, kabinet atau sebagainya?
Mungkin ramai yang pernah dengar berita mengenai kanak2 yang ditimpa peti televisyen. Ia bukan sesuatu yang asing, & terbaru seperti yang disiarkan di akhbar Metro hari ini, seorang kanak2 berusia 2 tahun meninggal dunia apabila televisyen bersaiz 29 inci jatuh dari raknya & menimpa kanak2 malang tersebut. (Zam tak pasti adalah ia sebuah televisyen flat screen atau tidak). Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Mungkin kita dapat menjadikannya satu peringatan & berwaspada sentiasa terhadap bahaya yang boleh datang dari mana2 sahaja. Apapun, sama2lah kita sedekahkan Al Fatihah buat adik Haris Hariz Khairil Anuar.
ENTRI HIT & SEMPOI HARI INI!
RESPON Nabila Huda Tentang Pakaiannya
GAMBAR: Sireh Junjung Siti Nurhaliza Terjatuh
Reaksi Amy Search Tentang Pakaian Nabila Huda
GAMBAR: Sireh Junjung Siti Nurhaliza Terjatuh
Reaksi Amy Search Tentang Pakaian Nabila Huda
terhempap??? ishhh...sakit tu...
ReplyDeletekalau ade anak kecil di rumah, seelok2nya x perlulah tv yg besar2. kita xtau sebarang kemungkinan yg akan berlaku. kesian anak kecil tu. salam takziah buat keluarga mangsa. al fatihah..
ReplyDeletetakziah utk keluarga mangsa
ReplyDeletetakziah buat keluarga mangsa... sepatutnya kena jaga-jaga la kalau dah tau anak tu hyper sikit.. takpe, benda dah lepas.. harap semua ambil pengajaran..
ReplyDeleteHmm.. Kalau letak TV kat atas lantai, selesai tak masalah? huhu.. Susah jugak ni, lgpun malang mmg tak berbau..
ReplyDeleteTakziah buat keluarga mangsa...
ReplyDeleteSedih jugak bila baca cerita2 macam nie...