e

Wednesday, October 10, 2012

Respon Nabila Huda Tentang Isu Pakaiannya

NABILA HUDA MOHON MAAF




Selamat pagi Rabu buat semua pengunjung blog Zam ('',). Zam ingat nak mulakan entri pagi ni dengan Wordless Wednessday, tapi setelah terbaca satu artikel di Harian Metro, Zam rasa Zam nak kongsikan disini setelah semalam Zam ada sediakan artikel mengenai Reaksi Amy Search Tentang Pemakaian Nabila Huda di Anugerah Blokbuster (waktu asal berita ini dipaparkan juga adalah semalam). Terkini, menerusi akhbar Harian Metro, Nabila Huda telah menjelaskan isu itu & memohon maaf dia atas rasa tidak senang hati penonton yang timbul dari pemakaiannya hari itu:

KUALA LUMPUR: “Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.

Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.

“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam.

“Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.

SUMBER


ENTRI HIT & SEMPOI HARI INI!

5 comments:

  1. emmm...nak pakai tak fikir dulu...

    ReplyDelete
  2. standard ler komen retis2 ni

    ReplyDelete
  3. berani mencuba fesyen haram....org dah ramai tegur masih nak berdalih lg...tolong la....

    ReplyDelete
  4. no komen~~

    berani mencuba fesyen macam tu?? haish...

    ReplyDelete
  5. pakai jubah lagi lawa and sweet.. :)
    hanna fllow sini.. :D

    ReplyDelete