ADA APA DENGAN SIRIH JUNJUNG JATUH?
Ada apa dengan sireh junjung yang jatuh? Ada di kalangan orang Melayu kita ada yang mempercayai itu sebagai satu petanda yang tidak baik. Tapi dalam Islam, bolehkah kepercayaan tidak berasas seperti itu diambil kira? Dalam bahasa mudah, ramai yang faham itu adalah perkara khurafat.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang
pada 9 Aug 1996 telah membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut
Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa bersetuju dengan
garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang
ramai :
-
Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran,
pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau
kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi
cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
-
Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau
bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain
dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap
mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi
apabila dijampi atau dipuja.
-
Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan
dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal
seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.
-
Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu
dilakukan oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan
orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan
tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh
dan menzalimi diri sendiri.
- Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.
ENTRI HIT & SEMPOI HARI INI!
betul ade batasan adat dan syariat...jangan terlampau beradat sampai lupa syariat:)
ReplyDeleteorang melayu yg byk kepercayaan....bahaya
ReplyDeletegitulah org melayu yg penuh dgn adat dan kepercayaan. mmg bahaya kalau terlalu taksub dgn adat dan kepercayaan sehingga lupa dosa pahala, halal haram. huhuhu
ReplyDeletemelayu terlampau dibayangi adat dan pantang larang.
ReplyDeleteada yg baik tp ada bnyak yg khurafat.
kena betulkan balik pemikiran kita
Mungkin tak sengaja terjatuh! orang melayu suka aje fikir bukan2 ! :)
ReplyDeletebetul tu dah nak jatuh, nak buat macam mana
ReplyDeletekebetulan lah tu!
ReplyDeletex percaya tp selalunya betul... berhati2 selalu...
ReplyDelete