e

Saturday, December 15, 2012

Di Sebalik Tarikh 1.2.34

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua ('',) Hari ini, bermula lah hari pertama di bulan kedua Tahun Hijriah, bersamaan 1/2/34 (1 Safar 1434 H). Kalau sebelum ini Zam pernah memperkatakan tentang tarikh cun dalam  kalendar tahun Masihi menerusi entri Ada Apa Dengan Tarikh 12.12.12, kali ini Zam nak kongsikan pula kepada anda tentang tarikh yang CUN dalam kalendar Hijriah ini. 

Ada apa dengan angka yang dianggap CUN ini sebenarnya? Adakah ia membawa petunjuk atau petanda kepada satu peristiwa besar yang bakal berlaku? Haa.. Zam rasa pembaca mesti dapat menilainya sendiri. Wajarkah kita beranggapan seperti itu? Sudah tentu tidak bukan.. Angka hanyalah sekadar susunan nombor-nombor, dan apa yang menjadikan ia lebih menarik ialah susunannya pada kalendar (tarikh) yang jarang-jarang kita temukan, seperti contoh 12.12.12 baru-baru ini. 

Begitu juga dengan tarikh hari ini yang dianggap unik~ 1.2.34 Hijriah. Pada pendapat Zam, tidak salah bagi kita menjadikannya lebih menarik dengan melakukan beberapa pengisian ke dalamnya, seperti mengadakan majlis pertunangan atau perkahwinan pada hari ini. Ia tidak lebih dari sekadar niat menjadikan tarikh itu sesuatu yang akan diingati & dikenang sebagai satu detik indah sampai bila-bila, kan? 

Pada sesetengah pihak, ada yang beranggapan kita terlalu mengagung-agungkan tarikh seperti ini, tapi seperti yang Zam jelaskan, adalah normal bagi manusia menyukai sesuatu yang indah & menarik, walaupun hanya pada susunan nombor-nombor ini. Contoh paling mudah, nombor plat kereta. Ada yang menyukai susunan nombor tertentu, sesuai dengan tafsiran mereka sendiri-seperti tarikh hari jadi atau tahun kelahiran, selagi ia tak bercanggah dengan yang sepatutnya.

Entri kali ini macam terpanjang pula, sorry lah ek.. Apapun, Zam ucapkan selamat berhujung minggu pada mereka yang bercuti. Semoga ada pengisian menarik dalam aktiviti anda sekeluarga hari ni ya ;)


5 comments:

  1. Yeah.. tarikh yang cantik ni harus disulami dengan aktiviti yang menarik supaya senang diingati.. ;)

    ReplyDelete
  2. stuju jugak...tarikh yang cantik akhlak kita juga cantik ;D

    ReplyDelete
  3. betul. pilih tarikh cantik untuk kenangan dan berkemampuan, apa salahnye kan?

    ReplyDelete
  4. Dya, setujuuuu ;))

    Rapunzeel, yup, betul tu :))

    ReplyDelete