Sumber Dari mStar Online
Pelakon Farid Kamil bukan sahaja
tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada
majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah
mengenakan pakaian yang cacamarba.
Pegawai
Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan
Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan
anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej
pasukan berkenaan.
“Pada dasarnya baju,
seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja
Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar
jeneral Tentera Darat.
“Lencana
penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah
anggota Tentera Udara,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di
sini pada Isnin.
Tambah Rahimah, sekiranya Farid benar-benar berhajat untuk menyarungkan
uniform tentera pada majlis itu, dia boleh membuat permohonan rasmi
untuk dipertimbangkan.
Pihak beliau tiada masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini
mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi
watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara
pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.
“Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung
perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian
pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar,” katanya.
Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid
supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan
undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu
tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia
bersifat cacamarba.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan,
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman,
Asisten Komisioner, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan
sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya
tidak melambangkan imej sebenar PDRM.
-Untuk artikel penuh, anda boleh membacanya di mStar Online. Terima kasih kepada blogger Ben Ashaari untuk info ini.
bersifat cacamarba..haha
ReplyDeleteHm.. Mungkin Farid pun tak sangka ini akan jadi isu.. APpn, oklahtak ada sebarang tindakan dikenakan
ReplyDeletekena hati-hati
ReplyDeletetapi hensem la dy paki bju nie. hahaha. btw, kesian eishh3.. hee
ReplyDeleteYup beul.. kena hati2 kan.. AAppn, mmg smart gak pakai mcm ni.. hehe
ReplyDeletehurm... macam2kan... apapon baguslah dia terlepas dari sebarang tindakan undang2... baru kawin kot... macam2 dah cerita yang kuar...
ReplyDeleteitu lah yg nak dielakkan kan.. :)
ReplyDeleteNasib baik tak kena penjara. Next time public figure atau orang biasa kena lebih berhati hati.
ReplyDeleteelok isu ni timbul.. sekurang - kurangnya kita tau tak bleh suka2 pakai baju uniform tu sesuka hati walaupun hanya utk wedding day jek tanpa mohon kebenaran daripada pihak yg berkenaan.
ReplyDeleteaku sgt tak faham.. pakai baju uniform tu pun tak boleh.. nampak tak permainan dia mcm mana..
ReplyDeletePikir la pride anggota beruniform yg berhempas pulas untuk menjadi seseorg anggota yg mempertahankan negara ni.tp artis ni plam bleh suka2 cacamerbakan baju pride pasukan keselamtan negara...sy x anti dia.cuma x suka org mmpermainkan kemuliaan pasukan keselamatan negra..uniform is their pride...
ReplyDelete