e

Tuesday, December 11, 2012

Kisah Sebenar Di Sebalik Pakaian Pengantin Farid Kamil


Sumber Dari mStar Online

Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.

Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.

“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.
“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Rahimah, sekiranya Farid benar-benar berhajat untuk menyarungkan uniform tentera pada majlis itu, dia boleh membuat permohonan rasmi untuk dipertimbangkan.

Pihak beliau tiada masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.

“Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar,” katanya.
Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Asisten Komisioner, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.

-Untuk artikel penuh, anda boleh membacanya di mStar Online. Terima kasih kepada blogger Ben Ashaari untuk info ini.

11 comments:

  1. Hm.. Mungkin Farid pun tak sangka ini akan jadi isu.. APpn, oklahtak ada sebarang tindakan dikenakan

    ReplyDelete
  2. tapi hensem la dy paki bju nie. hahaha. btw, kesian eishh3.. hee

    ReplyDelete
  3. Yup beul.. kena hati2 kan.. AAppn, mmg smart gak pakai mcm ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. hurm... macam2kan... apapon baguslah dia terlepas dari sebarang tindakan undang2... baru kawin kot... macam2 dah cerita yang kuar...

    ReplyDelete
  5. itu lah yg nak dielakkan kan.. :)

    ReplyDelete
  6. Nasib baik tak kena penjara. Next time public figure atau orang biasa kena lebih berhati hati.

    ReplyDelete
  7. elok isu ni timbul.. sekurang - kurangnya kita tau tak bleh suka2 pakai baju uniform tu sesuka hati walaupun hanya utk wedding day jek tanpa mohon kebenaran daripada pihak yg berkenaan.

    ReplyDelete
  8. aku sgt tak faham.. pakai baju uniform tu pun tak boleh.. nampak tak permainan dia mcm mana..

    ReplyDelete
  9. Pikir la pride anggota beruniform yg berhempas pulas untuk menjadi seseorg anggota yg mempertahankan negara ni.tp artis ni plam bleh suka2 cacamerbakan baju pride pasukan keselamtan negara...sy x anti dia.cuma x suka org mmpermainkan kemuliaan pasukan keselamatan negra..uniform is their pride...

    ReplyDelete