Perkongsian santai dari salah seorang rakan Zam di Facebook Wan Mohd SyahFiey. Menarik bila ditelitikan, kerana apa yang diperkatakan olehnya menerusi pemerhatian merupakan antara trend terkini lelaki sekarang. Jom baca, & lihat apa komen anda terhadap PERBEZAAN LELAKI DULU & SEKARANG ;)
Lelaki zaman dulu: Nak kuat - minum tongkat Ali Nak hensem - pakai susuk Nak pandai - gigih belajar depan lilin tgh2 malam Nak badan cantik - makan jamu Nak kulit cantik - tepek bedak sejuk beras
Nak cari kenalan - kirim surat kat ruangan majalah pastu terpampang
lah surat & gambar kt majalah Variasari, Intisari dan yg sewaktu
dgnnya Nak bergaya - rambut melentik guna minyak rambut Poken & Minyak rambut zam-zam
Lelaki zaman sekarang:
Nak kuat - pergi gimnasium angkat berat Nak hensem - pakai Tabita, Beautskin, botox Nak pandai - gi tuisyen, makan kismis berkilo2, rerajin google Nak badan cantik - minum Alpha Lipid SDII, minum herbalife, sapu losyen mustajab Nak kulit cantik - makan gluta, suntik collagen, sapu losyen pencerah katanyer Nak cari kenalan - "I nak mintak BB pin boleh?" "Add i kt FB ye!" "Jom whassup!" Nak bergaya - korean style, rambut color2, pacak2 tetiba tgk miss Yunibes~ ehhh!
*berdasarkan pemerhatian rambang. :)
Zam pun teringin sebenarnya nak lakukan sedikit perubahan pada diri. Bukanlah nak pakai botox bagai tu, tapi sekadar merubah penampilan agar bertambah lagi keyakinan diri ni.. Kiranya petikan ni keluar cun2 kena dengan pemikiran Zam.. Hehe.. Apapun, kredit sepenuhnya kepadaWan Mohd SyahFie untuk cetusan kreatifnya ;)
Owhh.. Wan Mohd Syahfiey.. Kenai2.. :)
ReplyDeletecekgu semestinye kene jage penampilan. :)
ReplyDeletemmg ada beza pun..
ReplyDelete