e

Friday, December 21, 2012

PERBEZAAN LELAKI DULU & SEKARANG

Perkongsian santai dari salah seorang rakan Zam di Facebook Wan Mohd SyahFiey. Menarik bila ditelitikan, kerana apa yang diperkatakan olehnya menerusi pemerhatian merupakan antara trend terkini lelaki sekarang. Jom baca, & lihat apa komen anda terhadap PERBEZAAN LELAKI DULU & SEKARANG ;)
Lelaki zaman dulu:

Nak kuat - minum tongkat Ali
Nak hensem - pakai susuk
Nak pandai - gigih belajar depan lilin tgh2 malam
Nak badan cantik - makan jamu
Nak kulit cantik - tepek bedak sejuk beras
Nak cari kenalan - kirim surat kat ruangan majalah pastu terpampang lah surat & gambar kt majalah Variasari, Intisari dan yg sewaktu dgnnya
Nak bergaya - rambut melentik guna minyak rambut Poken & Minyak rambut zam-zam

Lelaki zaman sekarang:

Nak kuat - pergi gimnasium angkat berat
Nak hensem - pakai Tabita, Beautskin, botox
Nak pandai - gi tuisyen, makan kismis berkilo2, rerajin google
Nak badan cantik - minum Alpha Lipid SDII, minum herbalife, sapu losyen mustajab
Nak kulit cantik - makan gluta, suntik collagen, sapu losyen pencerah katanyer
Nak cari kenalan - "I nak mintak BB pin boleh?" "Add i kt FB ye!" "Jom whassup!"
Nak bergaya - korean style, rambut color2, pacak2 tetiba tgk miss Yunibes~ ehhh!

*berdasarkan pemerhatian rambang. :)
Zam pun teringin sebenarnya nak lakukan sedikit perubahan pada diri. Bukanlah nak pakai botox bagai tu, tapi sekadar merubah penampilan agar bertambah lagi keyakinan diri ni.. Kiranya petikan ni keluar cun2 kena dengan pemikiran Zam.. Hehe.. Apapun, kredit sepenuhnya kepada Wan Mohd SyahFie untuk cetusan kreatifnya ;)

3 comments: