Apa Punca Kad Pengenalan Mudah Rosak?
Rasanya ramai juga yang senasib dengan Zam dalam kes kad pengenalan (IC) ni. Kalau dikira, IC yang berada pada korang tu dah berapa kali tukar agaknya? Atau mungkin baru kali pertama, kedua sejak IC baru ni diperkenalkan dulu? Jika ya~ tahniah! Orang yang lasak macam Zam ni, kesudahannya pasti dah masuk kali ke 3 atau ke 4 tukar IC baru.. Haha.. Apa yang pasti, tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa IC mereka mudah rosak selama ini, kan? Tidak kiralah mudah terkopek, kerosakan pada cip dan lain-lain.
Zam baru sahaja dapatkan IC baru semalam di JPN Putra Jaya. Proses nya boleh dikira cepat juga, buat hari Sabtu, dan ambil hari Isnin (tapi Zam terlupa & semalam baru diambil). Sebab tu dapat idea nak tulis entri ni. Pada pendapat Zam (sebagai lelaki), kad pengenalan mudah rosak disebabkan ia dimasukkan ke dalam dompet, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam saku di belakang seluar. Bayangkan saja, berapa kali kad pengenalan tersebut menerima 'tekanan' setiap kali kita duduk di atas sesuatu. Bukan setakat kad pengenalan, silap-silap cip kad kredit pun boleh rosak akibat dari kesan tekanan tu. Setuju?
Agaknya kad pengenalan milik wanita di luar sana jarang rosak, sebab mereka meletakkannya di dalam beg tangan. Atau, mungkin ada juga kaum hawa yang menghadapi masalah kad pengenalan mudah rosak? Jom kongsikan pendapat ;)
hoho..since 12 xtukar-2 lagi =..=
ReplyDeletesekarang dah 19..lame giler kan
tak jugak....saya pun rosak jugak..maybe..saya pun tak suka letak dalam beg..
ReplyDeleteX tukar lagi. Last time masa masuk u, pegawat ptptn ckp entah boleh baca atau tak chip tu, tp lepas jugak, kira boleh pakai lagi kan..Tp tu kisah 4 tahun sudah, skrg rasa2 ok lagi kot ;)
ReplyDeletedh 2 kali buat baru ..haha..cip xdpt nk detect..
ReplyDeleteaku tak pernah lagi. selain hilang aku tak pernah tukar...
ReplyDeletebaru sekali tukar masa lepas SPM...pas ni ingat nak tukar kalau cip rosak..
ReplyDeletedaripada darjah 6 ic masih elok lagi. dah 18 tahun ic belom tukar lagi. hahaha :D
ReplyDeletetak pernah tukar, okey je ac deno... huhu
ReplyDeletesejak tukar ms 18thn,xnah tukar dah..
ReplyDeletebtol la,sb letak dlm purse ps2 letak dlm handbag..sb 2 susah rosak..hehe