e

Friday, April 13, 2012

Zizan Razak Anggap Aznil Sebagai Hero

Rezeki kita, siapalah yang tahu, kan.. Contoh paling terdekat, Zizan yang memenangi anugerah Pengacara TV Popular baru2 ni.. Sebelum ni dah lamaPak Nil pegang title tu.. Tahun ni, ia menjadi milik Zizan.. & siapa tahu, mungkin tahun depan, Zizan berpeluang lagi memilikinya.. Yang penting, usaha tu ada, kan?


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak sangat mengagumi pengacara terkenal iaitu Aznil Nawawi dan menganggap beliau sebagai seorang hero.

Zizan berkata, dia sentiasa menjadikan pengacara terkenal itu sebagai rujukan dan bercita-cita untuk menjadi sepertinya suatu hari nanti.

"Nama Pak Nil sangat besar dalam industri hiburan dan sebagai pengacara. Saya sendiri sentiasa melihat dia seperti seorang hero yang telah memberi banyak panduan kepada pengacara baru seperti saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zizan berkata dia berasa terharu apabila Aznil sendiri naik ke pentas semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH 2011) baru-baru ini untuk menyampaikan trofi kemenangannya sebagai Pengacara Lelaki Paling Popular.

Zizan berkata, dia sangat terkejut dengan tindakan Aznil itu dan terharu dengan sikap beliau yang sanggup berbuat demikian.

"Situasi di mana Pak Nil naik ke pentas dan menyerahkan trofi kepada saya adalah pengalaman indah buat diri saya sepanjang bergelar artis kerana beliau adalah ikon dan saya sendiri memandangnya sebagai seorang hero," ujarnya.

Tambah Zizan, dia juga tidak menyangka akan memenangi kategori itu kerana merasakan tidak layak untuk menyandang gelaran tersebut.

"Sembilan tahun Pak Nil memegang takhta pengacara paling popular dan tiba-tiba nama saya disebut. Ia adalah sesuatu yang sungguh tak disangka-sangka," ujarnya.

Sementara itu, Zizan berkata, dirinya semakin selesa bergelar pengacara dan tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang itu dalam masa terdekat.

Zizan memberitahu, masih banyak perkara perlu dipelajarinya dalam menjadi seorang pengacara yang baik dan dihormati seperti Aznil.

"Saya mula-mula berjinak-jinak dengan bidang pengacaraan apabila diberi peluang menjadi pembantu pengacara dalam program AC Di Sini yang pernah popular satu ketika dahulu.

"Semenjak itu saya tidak pernah berpaling lagi dan menyedari saya ada bakat dalam sebagai pengacara," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, kerjayanya kini sangat padat dengan pelbagai jadual penggambaran selain dia perlu bijak membahagikan masa agar tiada percanggahan jadual.

Kata Zizan, dia bagaimanapun tidak merungut dengan situasi itu kerana apa yang dilakukannya hari ini adalah pekerjaan yang sangat dicintainya.

"Penat memang penat tetapi semuanya berbaloi kerana apa yang dilakukan adalah sesuatu yang sangat saya cintai," katanya.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Giler Cool! Bila Hello Kity Di "Crossover" Kan!

Sebelum ni aku pernah buat entri tentang Hello Kitty bila dikacukkan dengan Domo. Ramai yang respon tak suka sebab Hello Kitty jadi tak comel. Dalam entri kali ni, aku nak share kan apa jadi bila Hello Kitty di crossoverkan dengan watak2 Star Wars, Gundam, Wolverine, Buzz Lightyear, Fantastic Four, Iron man dan macam2 lagi! Check these out~!












Crossover ni lebih kurang bermaksud gabungan 2 watak yang berbeza menjadi satu, dengan ciri2 utama salah satu watak dikekalkan & ditambah dengah sentuhan watak2 lain dari segi luaran.. GILER COOL!

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Tidak Kejar Glamor Punca Fizz Fairuz Rasa Tiada Peminat

Pasti ramai yang tak sangka bila Fizz Fairuz yang dinobatkan Pelakon Drama Lelaki Popular baru2 ini. Rasa2nya, mungkin dia pun merasakan perkara yang sama. Jom baca apa reaksinya tentang kemenangan di ABPBH itu~


PETALING JAYA: Faktor pelakon Fizz Fairuz merasakan dia tidak mempunyai peminat selepas terpilih sebagai Pelakon Drama Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) pada 8 April lalu kerana sikapnya yang tidak mengejar glamor.

Fizz berkata perasaan itu wujud kerana penglibatannya dalam dunia seni adalah kerana mahu mencari rezeki dengan ikhlas dan bukannya untuk menjadi popular tanpa sebarang usaha.

"Saya tidak pernah mengejar populariti kerana merasakan tiada orang yang meminati diri saya dan kehadiran saya dalam dunia lakonan adalah semata-mata kerana ingin mencari rezeki halal dan menyumbangkan bakat yang ada.

"Terus terang saya katakan tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa saya mempunyai peminat," ujarnya kepada mStar Online.

Fizz berkata demikian ketika diminta mengulas reaksinya yang terkejut apabila memenangi trofi Pelakon Drama Lelaki Popular pada malam kemuncak ABPBH2011 pada minggu lalu.

Kemenangan itu kata Fizz membuatkannya terharu kerana tidak menyangka selepas tujuh tahun barulah dia mempunyai peminat yang sanggup mengundinya dalam anugerah berkenaan.

"Saya betul-betul terkejut kerana pada mulanya saya merasakan zaman saya sebagai pelakon sudah berakhir kerana ketika nama saya diumumkan, tak ada orang pun yang memberi tepukan. Jadi ketika diumumkan sebagai pemenang sudah tentu saya terkejut," ujarnya.

Sementara itu, Fizz memberitahu dia tetap bersyukur dengan kemenangan itu dan menganggap ia sebagai hasil daripada usahanya selama ini yang tidak jemu-jemu memperbaiki diri untuk menjadi pelakon yang baik.

"Bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini kerana pelbagai cabaran telah saya lalui dan menerima anugerah itu adalah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya. Terima kasih tidak terhingga kepada peminat," katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Fizz sedang sibuk dengan beberapa projek drama selain baru sahaja selesai penggambaran Waris untuk siaran TV3.

Sumber: My Star

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Larangan Melintas Di Hadapan Orang Solat


Untuk renungan bersama

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ» قَالَ أَبُو النَّضْرِ: لاَ أَدْرِي، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، أَوْ شَهْرًا، أَوْ سَنَةً

“Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, nescaya ia berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.”

Abu an-Nadhr (salah seorang perawi hadis ini) berkata, “Aku tidak tahu yang dimaksudkan dengan jumlah “empat puluh” tersebut, adakah empat puluh hari, atau bulan, atau tahun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 510. Muslim, no. 507)

Ibnu Khuzaimah turut meriwayatkan hadis ini dan meletakkannya dalam bab:

التغليظ في المرور بين المصلي والدليل على أن الوقوف مدة طويلة انتظار سلام المصلي خير من المرور بين يدي المصلي

“Ancaman keras melintas di hadapan orang yang sedang solat, dan merupakan dalil berdiri lama menunggu ucapan salam seseorang yang sedang solat itu lebih baik daripada melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/14)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

معناه لو يعلم ما عليه من الإثم لاختار الوقوف أربعين على ارتكاب ذلك الإثم ومعنى الحديث النهي الأكيد والوعيد الشديد في ذلك

“Makna hadis ini, sekiranya ia mengetahui betapa besarnya dosa dari perbuatan tersebut, pasti dia akan memilih untuk berhenti selama empat puluh dari perlu menanggung dosa akibat perbuatan tersebut. Jadi, hadis ini adalah larangan yang cukup keras dan ancaman yang berat sebagai akibat perbuatan melintas di hadapan orang solat.” (Syarah Shahih Muslim, 4/225)

Larangan ini merujuk kepada perbuatan melintasi kawasan depan orang yang sedang solat. Sekiranya dia mengenakan sutrah, maka dibolehkan melintas di sebalik sutrah yang dikenakan. Dan tidak boleh melintas di dalam lingkungan kawasan antara sutrah dengan orang solat yang mengenakannya.

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Segmen Blogwalking & Follow by Hajar


Segmen ke tiga~ & untuk ini Zam tag Mr. E'raz Fadli, Aisyah Kz & Adik Nia Lidia ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"Segmen : Jom BlogWalking by Azeri



Segmen kedua~klik banner di atas untuk join. Pengalaman best masa blogwalking? Terjumpa entri & blog2 best!


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Blog Review By Erysha


Segmen pertama untuk hari ni. Pada yang berminat untuk diriview blognya, klik banner di atas k ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Main Daun Terup, HARAM! Main Angry Bird? TAK HARAM!! - Ustaz Azhar Idrus




Lawak la penyampaian Ustaz Azhar Idrus ni.. Serius aku suka ceramah2 dia!

Persoalan yang ditimbulkan, adakah bermain daun terup itu haram biarpun tidak melibatkan duit & perjudian. Ustaz Azhar Idrus berjaya mengupas persoalan ini dengan baik & menarik~ memang best!

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Tak Baik Pedajal Kawan!!


Entri ringkas je.. Tak sempat nak tulis panjang2.. Tengah seronok buat assignment.. Hehe.. Korang pun mesti pernah pedajal kawan macam ni kan? Best ek? Nakal, nakal juga, tapi jangan dipraktikkan selalu, k ;p

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Tips Bercinta Dari Ustaz Azhar Idrus


Jangan pikat wanita kalau anda
TAK BERSEDIA CINTAKAN DIA

Jangan buat wanita jatuh cinta kalau anda
TAK CINTAKAN DIA

Jangan memberi wanita harapan kalau anda
TAK PASTI

Jangan sakitkan hati wanita kalau anda
TIADA HATI UNTUKNYA

Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda
TIADA PERASAAN UNTUKNYA

HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi
TIADA NIAT NIKAHINYA


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!