e

Monday, May 7, 2012

Awal Dendangkan Lagu Sedetik Lebih Di Majlis Resepsi, Scha Titiskan Air Mata


Awal Adalah Arjuna Saya - Scha Al Yahya

PUTRAJAYA 7 MEI 2012: Majlis persandingan SchAwal yang dinanti-nanti oleh semua umum dan peminat kedua selebriti popular telah berlangsung dengan gemilang dan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Selain daripada persembahan para rakan artis seperti Shila Amzah, Atilia, Alyah dan Ning Baizura, kejutan daripada Awal telah mencuri perhatian hadirin yang hadir sehingga membuatkan Scha menitiskan air mata.

Awal telah mendendangkan lagu Sedetik Lebih dengan petikan piano Sharon Paul dan siulan saksafon oleh Jari yang juga merupakan sepupu kepada Awal.

UNTUK INFO LANJUT, LAYARI MURAI.COM

Erk..?? Fasha Sanda Makan Kuih Dari Tong Sampah Untuk Hayati Watak??


Erkk..Biar betul.. Tapi itulah penjelasan Fasha Sanda kepada wartawan Gua semasa di temuramah mengenai lakonannya dalam drama terbaru Seindah Sakura.

Kalau korang nak tahu kisah lanjut mengenainya, klik SINI. Kredit kepada RotiKaya.

Itulah pelakon. Kadang2, untuk lebih menghayati sesuatu watak, mereka akan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan kepuasan pada diri sendiri & penonton.

Next Top Blogger 2 - Episod 1 : Alamak! Tugasan Tak Siap Lagi!!


Kalau Mr. Awie tak selalu jengah ke blog ni untuk mengingatkan, memang Zam terleka terus lah (arigatou!).. Apapun thanks Mr. Awie, sebab sudi menjemput Zam untuk menyertai Next Top Blogger musim kedua nih. Kalau anda nak tahu tentang NTB ni, boleh klik pada banner di atas .

Tugasan minggu pertama ni mudah je, tapi sebab kesibukan, Zam terlepas pandang dengan tugasan yang diberikan.. Hehe.. Harap aku tak terlewat menulis entri ini. Okeh, tanpa melengahkan masa, berikut adalah tugasan episod pertama~ Biodata Diri Saya!



Nama penuh~ Ahmad Muhibbuddin Zamani Bin Mohammad. Ahli keluarga memanggil ku Zamani, Ahmad itu panggilan para guru & pensyarah di sekolah & kolej dulu, & dikalangan rakan2, mereka memanggilku Budin @ Din (lebih mesra bunyinya, kan?). Berumur 28 tahun, dilahirkan di Kota Bharu Kelantan, membesar di Serdang Selangor & sekarang ni menetap di Kuching Sarawak. Aku memegang 2 status serentak sekarang, sebagai seorang pengajar di sebuah sekolah rendah & sebagai seorang pelajar di OUM Kuching.


Hobi utama~ fotografi, dan kerana minat aku dalam berblogging, minat aku dalam bidang fotografi lahir. Kedua2nya berkait rapat. Mula menulis blog di akhir 2008, tapi sejak Disember 2011, aku mengaktifkan diri semula dengan semaksima mungkin. Blog Pilihan aku~ Blog Mr. E'raz Fadli. Kenapa? Sebab dia lah dorongan di sebalik pengaktifan aku dalam dunia blog ni.

Warna kesukaan- gabungan merah & hitam. Itu obsesi aku :) Rancangan kesukaan aku pula ialah IRON CHEF (walaupun diri sendiri tak semahir mereka dalam memasak). Satu barang yang dipilih untuk dibawa bersama masuk ke dalam hutan? PARANG!! Tentera Amerika pun sanggup tukarkan dagger mereka dengan parang kita, tau!

Okeh~ Itu saja setakat ni.. Harap penganjur berpuas hati dengan tugasan ni ;)

SEMAKAN UPU 2012: BUAT SEMAkAN ANDA DI SINI

Lepasan SPM boleh mula semak kemasukan ke IPTA

KUALA LUMPUR: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf boleh mula menyemak keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi sesi akademik 2012/2013 mulai jam 12 tengah hari ini.
Semakan berkenaan boleh dibuat sehingga jam 12 malam 28 Mei ini.

Unit Pusat Universiti (UPU) dalam kenyataan menerusi laman webnya berkata, pelajar boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui perkhidmatan mySMS dengan menghantar UPU RESULT [No kad pengenalan] ke 15888 atau hubungi talian bantuan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di 03-55692840 untuk sebarang pertanyaan.

- BHARIAN

BUAT SEMAKAN ANDA DISINI: LAMAN WEB RASMI KEMASUKAN KE IPTA.

@ MELALUI SMS: Taip UPU RESULT [NOKP] hantar ke 15888



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Segmen Blog Pilihan Zamani84: Blog Siapakah Yang Terpilih??


Setelah seminggu bersegmen, dua minggu menyepi kerana kesibukan dengan urusan di tempat kerja & menyiapkan assignment, & setelah beberapa kali blogwalking ke setiap blog peserta segmen, akhirnya Zam temui blog yang mendapat tempat di hati Zam. Lama dah sebenarnya Zam usha blog beliau ni. Nak tahu siapa yang bertuah tu? Tunggu Zam umumkan keputusannya pukul 2 nanti ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

GAMBAR BARU: Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Al Yahya & Awal Ashaari

GAMBAR BARU: Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Al Yahya & Awal Ashaari Dengan Tema Pakaian Inggeris. Kredit kepada Roti Kaya.