e

Showing posts with label Awal. Show all posts
Showing posts with label Awal. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Awal Dendangkan Lagu Sedetik Lebih Di Majlis Resepsi, Scha Titiskan Air Mata


Awal Adalah Arjuna Saya - Scha Al Yahya

PUTRAJAYA 7 MEI 2012: Majlis persandingan SchAwal yang dinanti-nanti oleh semua umum dan peminat kedua selebriti popular telah berlangsung dengan gemilang dan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Selain daripada persembahan para rakan artis seperti Shila Amzah, Atilia, Alyah dan Ning Baizura, kejutan daripada Awal telah mencuri perhatian hadirin yang hadir sehingga membuatkan Scha menitiskan air mata.

Awal telah mendendangkan lagu Sedetik Lebih dengan petikan piano Sharon Paul dan siulan saksafon oleh Jari yang juga merupakan sepupu kepada Awal.

UNTUK INFO LANJUT, LAYARI MURAI.COM

GAMBAR BARU: Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Al Yahya & Awal Ashaari

GAMBAR BARU: Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Al Yahya & Awal Ashaari Dengan Tema Pakaian Inggeris. Kredit kepada Roti Kaya.





Saturday, May 5, 2012

Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha

"Ternyata rasa mengantuk aku mengalahkan semangat ku"

Kenapa aku kata macam tu? Sebenarnya semalam, bukan main semangat aku nak tunggu siaran langsung majlis Schawal di Astro Ria. Sekali aku tertidur pukul 9 di depan tv.. Keletihan & mengantuk punya pasal.. Apapun berbaloi gak lah tertidur dulu sbb rupa2nya, siaran tu tergendala.. Nak tahu kenapa? Jom baca berita di bawah


Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha

PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan secara langsung pernikahan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, pada Jumaat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar gangguan kepada siaran langsung tersebut yang sepatutnya disiarkan selama setengah jam bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

“Saya mewakili pihak Astro Ria dan Astro amat kesal dan memohon maaf kepada semua penonton atas gangguan siaran langsung majlis pernikahan Scha dan Awal pada malam tadi (malam Jumaat).

“Ia adalah kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini kami masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Untuk berita penuh, layari mStar.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Perghhh Memang Cun..!! Rona Hijau Pilihan Awal & Scha!

Beberapa hari sebelum majlis, aku ada terjumpa gambar pasangan Scha & Awal mencuba persalinan hijau ni, tapi tak lengkap lah. Terbaru, aku terjumpa gambar ni pula di Murai.Com. Memang cun lah.. Kalau tak silap, Scha & Awal kenakan persalinan hijau ni semasa majlis merenjis diadakan.


Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka


KUALA LUMPUR, 5 MEI 2012: Sebagaimana semua sedia maklum, pasangan pengantin baru Scha Al Yahya dan Awal Ashaari atau SchAwal merupakan selebriti yang sering tampil menarik dengan pilihan gaya tersendiri.

Berpindah ke acara merenjis, suasana lebih meriah mula menjelma tatkala kedua-dua raja sehari tampil dengan persalinan gabungan tradisional dan moden dari pemilihan rona hijau diraja rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.

Pereka muda kegemaran ramai selebriti tempatan itu, sememangnya bijak melempiaskan kreativitinya dari hanya sehamparan kain songket (tajaan Atiqah's Songket) kepada sepasang persalinan yang berjaya memukau mata memandang.

Untuk pengetahuan semua, pihak Atiqah's Songket telah memperuntukan masa selama dua bulan untuk menenun songket berkenaan dan Rizman Ruzaini pula memerlukan masa dua hari untuk menyiapkan kedua-dua persalinan SchAwal.

Potongan duyung dan off shoulder yang ditampilkan buat Scha Al-Yahya menjadikan pelakon Awan Dania itu tampak cukup anggun. Ditambah lagi dengan cucuk sanggul dan kembang merah menyala yang tersemat di kepala.

Awal Ashaari pula tampil segak bak putera diRaja dengan persalinan songket lengkap, siap dengan tenggolok dan samping yang dihiasi dengan rantai dan aksesori bulan sabit serta bintang melempiaskan aura cukup gah.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!