e

Saturday, May 5, 2012

Perghhh Memang Cun..!! Rona Hijau Pilihan Awal & Scha!

Beberapa hari sebelum majlis, aku ada terjumpa gambar pasangan Scha & Awal mencuba persalinan hijau ni, tapi tak lengkap lah. Terbaru, aku terjumpa gambar ni pula di Murai.Com. Memang cun lah.. Kalau tak silap, Scha & Awal kenakan persalinan hijau ni semasa majlis merenjis diadakan.


Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka


KUALA LUMPUR, 5 MEI 2012: Sebagaimana semua sedia maklum, pasangan pengantin baru Scha Al Yahya dan Awal Ashaari atau SchAwal merupakan selebriti yang sering tampil menarik dengan pilihan gaya tersendiri.

Berpindah ke acara merenjis, suasana lebih meriah mula menjelma tatkala kedua-dua raja sehari tampil dengan persalinan gabungan tradisional dan moden dari pemilihan rona hijau diraja rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.

Pereka muda kegemaran ramai selebriti tempatan itu, sememangnya bijak melempiaskan kreativitinya dari hanya sehamparan kain songket (tajaan Atiqah's Songket) kepada sepasang persalinan yang berjaya memukau mata memandang.

Untuk pengetahuan semua, pihak Atiqah's Songket telah memperuntukan masa selama dua bulan untuk menenun songket berkenaan dan Rizman Ruzaini pula memerlukan masa dua hari untuk menyiapkan kedua-dua persalinan SchAwal.

Potongan duyung dan off shoulder yang ditampilkan buat Scha Al-Yahya menjadikan pelakon Awan Dania itu tampak cukup anggun. Ditambah lagi dengan cucuk sanggul dan kembang merah menyala yang tersemat di kepala.

Awal Ashaari pula tampil segak bak putera diRaja dengan persalinan songket lengkap, siap dengan tenggolok dan samping yang dihiasi dengan rantai dan aksesori bulan sabit serta bintang melempiaskan aura cukup gah.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

8 comments: