Dalam entri CATurday kali ni, aku nak kongsikan beberapa gambar yang menunjukkan betapa sayangnya manusia terhadap kucing-kucing ni. Mereka yang ada membela kucing mesti tahu & faham perasaan tu, & pada yang suka buli kucing tu, hentikanlah.. Tak baik wei.. Kucing kan binatang kesayangan Nabi.. Pada yang takut, alah, tak suka atau geli dengan kucing tu (macam adik perempuan aku yang takut kat kucing), aku no komen.. Hehe.. Nak gelak pun ada bila tengok telatah dia lari dari kucing.. Haha
Okeh, terpanjang lak cerita.. Apapun meh tengok gambar2 yang aku maksudkan tadi~
Okeh, terpanjang lak cerita.. Apapun meh tengok gambar2 yang aku maksudkan tadi~
Trella Curse (gambar) yang kembali ke rumahnya yang ranap dalam taufan Joplin terkejut apabila mendapati kucingnya yang berusia 13 tahun masih hidup di bawah timbunan puing2 selepas 16 hari. Punya lah happy sebab dia ingat kucing dia dah mati. Nak tahu cerita lanjut, klik SINI.
Judy Smith (makcik kat atas) dengan kucingnya Pawsh yang ditemui bawah timbunan puing2 rumah yang musnah.
Kat atas ni pun makcik Judy gak, tapi namanya Judy Pugh. Kisah makcik ni lagi dramatik. Masa dia ditemuramah oleh stesen tv, mencari2 kucingnya yang hilang selepas hampir sebulan kejadian taufan tu berlaku, tiba2 kucing tu muncul ntah dari mana2. Gembira kemain makcik yang pekat dengan loghat country nye nih. Kalau nak tengok video temuramah tu, klik SINI.
Pakcik ni lagi kesian. Dia kehilangan isteri & anaknya dalam bencana ni. Dua hari lepas taufan tu, dia jumpa kucing ni kat rumahnya yang dah ranap. Kucing memang bernasib baik eh?
Yang last ni bukan acara larian membawa kucing atau lari dari ribut yang mengejar. Kakak2 dalam gambar kat atas ni tengah menyelamatkan cik2 kucing tu dari kebakaran yang berlaku di sebuah apartment. Pergh.. Biar badan sendiri tak dilindungi, janji kucing2 tu di'cover' dengan baik.. Bertuah ler anda kucing!
Pengajarannya kawan2, haa.. faham2 sendiri lah ye.. Assalamualaikum ;)
Pengajarannya kawan2, haa.. faham2 sendiri lah ye.. Assalamualaikum ;)
ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!
nur pun lebih kurang mcm ni la..hihih.
ReplyDeletesiapa yg sayang kucing, dia tahu perasaan akak2 kat dalam gmbar ni..hehehe..
Cik Nur~ setuju ;))
ReplyDeletebetul ke kucing ada 9 nyawa?
ReplyDeleteada malaikat yg jaga kucing2 ni...g 1haiwan biasanya dah tau dulu bencana yg nak berlaku....
ReplyDelete