Tuesday, June 19, 2012
(VIDEO) NAKAL & SEDANG INGIN BERCINTA- ZATUL MENTOR 6 feat ZIANA ZAIN
Kisah & Gambar Dr. Sheikh Muszaphar Ajar Anaknya Berenang Dalam Mingguan Wanita Edisi Khas Sempena HARI BAPA

“Sophea Isabella atau Bella diajar berenang oleh Sheikh Muszaphar . Lahir di dalam air memudahkan Bella mempelajari proses untuk berenang dan apa yang nyata tak semua bayi yang boleh berbuat demikian.Saya dan isteri mula mengajar Bella teknik menahan nafas ketika berada dalam air sejak Bella berusia sebulan dengan meletakkannya di dalam tab mandi di rumah. Malah, setiap kali mandi kami akan menuangkan air ke atas kepalanya secara perlahan untuk membiasakan dia menahan nafas ketika di dalam air.”
“Lama-kelamaan Bella semakin serasi dan selesa dengan keadaan tersebut sehingga berjaya mengawal sendiri nafasnya. Ketika Bella berumur empat bulan, kami mendedahkannya dengan aktiviti air di kolam renang. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama dengan puteri kesayangannya Sophea Isabella, sembilan bulan."
GAMBAR DYNAS MOKHTAR SEBELUM KELAHIRAN ANAK KEDUA






TAK BOLEH BLAH! GARA-GARA TUKAR SIARAN EURO, SEORANG LELAKI CEDERA DIPUKUL !


GEORGETOWN: Akibat menukar saluran televisyen (TV) ketika perlawanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, seorang lelaki cedera dipukul pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, di sini, yang tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit menukar saluran televisyen ketika perlawanan di antara pasukan Russia dan Greece, menyebabkan pengunjung pusat hiburan itu tidak berpuas hati.
Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan beberapa pengunjung sehingga tercetus pergaduhan yang berlarutan hingga ke luar pusat hiburan terbabit.
Menurutnya, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan.

