Perkara Yang Diharapkan Tidak Berlaku Pada Anugerah Juara Lagu 27!
Tentu ramai yang mengharapkan kejayaan artis & lagu yang diminati mereka pada malam ini di AJL kan? Zam pun tak terkecuali sebenarnya. Biarpun persaingan nya sengit, kerana terdapat ramai penyanyi lain yang mempunyai kekuatan tersendiri & menempa banyak kejayaan / pencapaian cemerlang di sepanjang 2012, namun itu bukan penghalang bagi peminat menyatakan sokongan terhadap setiap penyanyi pilihan mereka.
Kalau ditanya apa yang paling ingin dilhat penonton pada malam ini, sudah tentu jawapannya persembahan mantap dari para artis, kan? Tapi, mungkin ada 1 perkara yang akan mengganggu konsentrasi penonton setiap kali AJL disiarkan, & perkara itu mungkin adalah sesuatu yang diharapkan tidak akan berlaku dalam AJL kali ini.
APAKAH PERKARA ITU??
Sebenarnya entri kali ini ditulis dari luahan pendapat Zam sahaja.. & apa yang disampaikan bukanlah merujuk kepada pendapat majoriti.
Sebenarnya, Zam rasa agak janggal bila tahun sudah, kebanyakan persembahan setiap penyanyi akan dimulakan dengan drama atau skestsa pendek yang lama kelamaan membuatkan Zam jemu (bukan jemu pada nyanyian, tapi pada drama2 tu.. huhu). Hampir kesemua peserta menginginkan persembahan mereka dimulakan dengan drama yang menjadi simbolik kepada penceritaan di dalam lagu.. Adoi.. 2, 3 drama yang menjadi, mungkin boleh diterima, tapi bila terlalu banyak, memang Zam akan rasa terganggu.. Adakah memang itu yang ditetapkan oleh penganjur, Zam sendiri tak pasti.. Atau mungkin, pengaruh dari slot Carekarama TV3 kot.. Hehe.. Sorry lah ek kalau Zam ni macam banyak hal lak.. Apapun, Zam terima sajalah apa yang mereka hidangkan kepada penonton malam ini.. Nak cakap banyak pun, Zam bukannya penerbit.. Heh2 ;p
Yang pasti, Zam nak ucapkan selamat berjaya buat kesemua peserta AJL ke 27 pada malam ini! Pada yang menontonnya bersama keluarga, teman2 atau insan tersayang, Zam ucapkan selamat berhibur di hujung minggu ya ;D Adios!
baru tengok acara pembuka tirai AJL. menarik.. berkelip2 mata hana.haha
ReplyDeletehehe.. knp lah tu kn.. Appn Zam suka persembahan Misha Omar!
ReplyDelete