e

Sunday, January 6, 2013

Selamat Hari Jadi MISHA OMAR



Salam & selamat tengah hari semua ('',) 6 JANUARI 2013~ Antara tarikh yang Zam akan simpan kemas2 dalam ingatan setiap tahun, sebab ia merupakan D.O.B MISHA OMAR.. Hehe.. Misha antara artis yang Zam minati, & walaupun dia menyepi sekarang ni, tapi kemunculannya pasti mengubat rasa rindu Zam & para peminat dengan persembahan yang memukau (Dari pemerhatian Zam, biasanya begitulah).

Gambar diatas Zam ambil sewaktu Misha membuat persembahan di Kuching sempena Konsert Kosmo, tahun lepas. Beruntungnya Zam pada waktu tu sebab dapat ambil tempat di depan pentas semasa konsert berlangsung. Tujuannya cuma satu, untuk mengambil gambar Misha dari jarak sedekat boleh. Dan hasilnya, memang buatkan Zam puas hati.. Tapi perkara yang paling Zam tak boleh lupa waktu tu, tiba2 Zam jadi berdebar2 & kamera yang Zam pegang bergetar.. Berpeluh tu tak pasti.. Serius tangan Zam terketar2 bila Misha makin menghampiri penonton yang berada di bawah pentas. Zam fikir, kalaulah dia menoleh kat Zam, kenyit mata & senyum kat Zam lepas ni, mesti Zam terus pengsan.. Terlalu suka & minat punya pasal kot.. Haha

Apapun itu kisah lama, sebelum Misha bertunang.. Hehe.. Buat Misha Omar, semoga terus sukses dalam bidang seni & Selamat Melayari Alam Perkahwinan tidak lama lagi bersama insan pilihan ya.. All the best 4 2013 sis!

5 comments:

  1. Happy Birthday Mishaaaa.. teringat lagi masa dia datang shooting di rumah mak dara mmg tak tinggal sembahyang.. she is sooooooo polite and kind

    ReplyDelete
  2. Huhu.. Bestnye pglaman Mak Dara dengan Misha..

    ReplyDelete
  3. salam. sy yg satu negeri dgn dia pun blom pernah berjumpa...u r lucky!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum zamani...selamat hari lahir Misha ...:)

    ReplyDelete
  5. Daddy, itulah! Zam pun asal klntn, tp jumpa dia kat kuching.. hehe

    Waalaikummussalam Mama Maszull.. Thanks sb singgah n wish~ ;))

    ReplyDelete