Wednesday, January 30, 2013

Rabu Dengan Kata-Kata


Assalamualaikum & selamat pagi semua. Memulakan entri di hari ini, Zam ingat nak buat entri Rabu Tanpa Kata-Kata mulanya, tapi rasa janggal la pula kalau cuma post gambar di atas tanpa sebarang penjelasan. Mesti ada yang akan tertanya2 maksud sebenar gambar diatas. Jadi Zam putuskan untuk menulis entri ini dengan ringkas.

Baru2 ni Zam survey lensa untuk DSLR. Teringin nak memiliki sebuah lensa baru yang dapat memenuhi keinginan Zam untuk menghasilkan gambar dengan efek bokeh. Zam terpengaruh dengan beberapa fotografi perkahwinan artis yang diambil dengan kesan bokeh yang cun, seperti di Majlis Perkahwinan Siti Fazurina & Irma Hasmie. Tambah2 lagi, bulan 3 ni Zam dapat job dari seorang rakan untuk majlis pertunangannya. Jadi bertambah2lah keinginan tu. Cuma sekarang ni, Zam masih dalam proses menimbangkan keinginan samada untuk membelinya atau tidak.

Err.. Ada sesiapa nak sponser Zam? Hehe

(masa survey & test lensa di PC Image)

3 comments:

  1. Mrs Eady, Zam nak buat tabung kumpul dana ni.. hehe

    Jung Rara, ae? Hehe.. Saja nak buat kelainan ;)

    ReplyDelete