e

Saturday, January 12, 2013

Semangat Di Hari Sabtu!


Tiba-tiba rasa bersemangat nak lakukan macam-macam aktiviti bila bangun pagi tadi. Mood hari Sabtu sememangnya dirasakan best oleh Zam, cuma hari ni macam terlebih rajin lak.. Hehe.. Esok dah nak ke kelas tutorial pertama di OUM untuk semester ke 4, jadi selain buat macam2 aktiviti tu, Zam kenalah rehat elok2 juga di rumah hari ini. Plan asal macm nak keluar berjalan2, tapi dalam cuaca yang tak nak menentu sekarang di Kuching ni, Zam rasa Zam lepak dirumah saja sambil melayan tv..

Waktu uruskan laundry & menebas di belakang rumah tadi, kucing jiran datang 'meneman' Zam.. Asal nampak je Zam di belakang rumah, dia akan panjat dinding rumah jiran untuk ke rumah Zam. Comel jek.. Hehe..  Dia datang nak kan makanan sebenarnya, tapi maaflah di dapur Zam tak ada apa2 untuk diberikan kepadanya. Serba salah lak bila dia datang mengiau minta makanan.. Tengoklah, kalau ada masa nanti, Zam simpan & sediakan makanan kucing di rumah, in case dia datang lagi lepas ni.

Kepada pembaca semua, Zam ucapkan selamat menjalani hari ini & esok dengan baik. & kepada rakan2 yang berkerja hari ini, berkerjalah dengan elok2 ye.. Jangan stres2.. Ada masa nanti, keluarlah untuk makan tengah hari & santai di tempat yang best2, k ;)



5 comments:

  1. Assalammualaikum....
    Salam kenal....orang sarawak ke?
    sweetyz singgah cney...sudi-sudilah singgah cney http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. cantiknya kucing tu.. or maybe gmbr tu..

    ReplyDelete
  3. zam kucing ko memang comel...

    ReplyDelete
  4. Nao Mi, waalaikumussalam.. Zam kerja je kat sini :)) Insya Allah, Zam akan ke sana ;) Thanks sb singgah :)

    Badrul, kucing to kut ;)

    Nurul, mmg comey... tgk gmbr pun rs nak giget

    Rapunzel, ni kucing jiran Zam :))

    ReplyDelete