e

Saturday, January 12, 2013

Penghijrahan Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Sempena Hari Jadi Ke 34! Alhamdulillah!

Alhamdulillah! Penghijrahan Siti Nurhaliza Mengenakan
Tudung Penuh Sempena Hari Jadi Ke 34!




Alhamdulillah, ini adalah satu perkhabaran yang baik & menarik. Sebenarnya Zam memang sedang tercari-cari gambar Dato Siti Nurhaliza sempena Hari Jadi beliau yang ke 34 pada 11 Januari (semalam) untuk dimuatkan ke dalam blog, dan kebetulan tadi Zam terjumpa perkhabaran ini dari perkongsian seorang rakan di FB, Mama Tunz Zaharah. Apa  yang lebih menarik ialah berita tentang penghijrahan beliau! Memetik kata-kata dari artikel di blog Roti Kaya

"Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Siti Nurhaliza mengesahkan sendiri yang ini merupakan imej baru beliau bersempena sambutan hari lahir yang 34 pada 11 Januari 2013 yang lalu."

“Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila,” ujar Siti Nurhaliza yang kini sedang dalam tempoh bercuti dari sebarang aktiviti seni."

"Ini sekaligus menjawab persoalan ramai peminat yang tertanya tanya adakah benar Siti Nurhaliza sudah berubah wajah apabila beberapa keping gambar terbaru beliau di’muat naik ke Instagram."

Untuk artikel penuh, anda boleh klik di SINI. Kredit sepenuhnya kepada blog ROTIKAYA.

6 comments:

  1. alhamdullilah..comey jer dato ct..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Siti makin manis dan ayu.. :)

    ReplyDelete
  3. Alhdulillah.. moga berkekalan dengan hati yg ikhlas ..amin

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn pendapat korang semua :) Yang penting, akan terus kekal begini :))

    ReplyDelete
  5. makin muda dato ct pkai tudung

    BY: djdanchef.blogspot.com
    Blog gabungan DJ (hiburan) dan Chef (makanan)
    == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

    ReplyDelete