"Siti Nurhaliza Nafi Bertudung Kerana Mahu Menyertai Politik." Itu yang Zam dengar menerusi rancangan MeleTOP semalam di Astro Ria. Bagaimanakah isu tersebut boleh timbul, itu yang menjadi tanda tanya Dato Siti Nurhaliza. Ujarnya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Nabil & Neelofa (hos rancangan tersebut), beliau sendiri tidak tahu bagaimana isu tersebut boleh timbul, & hasratnya untuk bertudung sebenarnya datang semenjak berada di Tanah Suci. Dalam pada masa yang sama, beliau memutuskan untuk berhijrah mengenakan tudung sepenuhnya pada hari lahirnya 11 Januari yang lalu, selain bersempena hari Jumaat pada tarikh yang sama. Anda boleh mengikuti kisahnya di SINI.
PS: Mungkin kerana fenomena sesetengah artis berhijrah mengenakan tudung yang kemudiannya menyertai satu-satu parti politik, maka isu ini timbul. Tak kisahlah, apapun bertudung & menutup aurat bagi wanita itu satu tuntutan wajib di dalam agama, & bukanlah kerana trend semata.. Kan? ;)
ada jer cerita yg cuba depa sensasikan....
ReplyDeletedisensasikan kerana xada berita sensasi..
Deletekesian Dato Siti..berubah pon org ckp ada sebab tertentu..-.-
ReplyDeletemungkinkah ada agenda? tak tahulah
Deleteada orang tak boleh duduk diam bila tengok kejayaan orang lain...haizzz
ReplyDeletemungkinkah ia bermula dgn gurauan?
Deletesentiasa berfikiran positif..hasihh..orng nak ke arah kebaikan tu
ReplyDeletesemua nak dikaitkan dgn politik... aptb.. haha
ReplyDelete