e

Sunday, February 10, 2013

(GAMBAR) Majlis Pertunangan Fizz Fairuzz & Nor Azreen



Alhamdulillah, hari ini tiba giliran Fizz Fairuz yang melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis bernama Nor Azreen selepas Piere Endre melangsungkan majlis yang sama dengan pilihan hatinya semalam. Sumber ini Zam perolehi dari Beautiful Nara. Jika sebelum ini, anda tentu tahu kisah Fizz Fairuz dengan bekas kekasihnya Almy Nadia. Tapi mungkin kerana tiada jodoh, hubungan itu tak kekal lama. Fizz Fairuzz pernah menyatakan hasratnya pada tahun lepas untuk mengahwini Almy Nadia (anda boleh baca kisahnya di SINI: Fizz Fairuz Akui Bakal Kahwini Almy Nadia Tahun Ini, Tunggu Ibu Pulang Umrah) tetapi respon Almy Nadia waktu itu pula berlainan (kisahnya di SINI: Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Buka Mulut Soal Kahwin)

Apapun, semoga jodoh yang baru ini akan berkekalan, & diteruskan hingga ke alam perkahwinan :)) Doakan perjalanan mereka dipermudahkan hingga tibanya saat itu nanti. 

PS: Pada anda yang telah merancang & bakal melangsungkan hari bahagia pada tahun ini- samada Majlis Pertunangan atau Majlis Perkahwinan, Zam ucapkan selamat ya.. Semoga segala urusan sebelum & semasa majlis akan berjalan dengan baik.. Aminn

9 comments: