e

Wednesday, February 6, 2013

Penulis Novel Setia Hujung Nyawa



Lepas melihat 'fenomena' Setia Hujung Nyawa yang melanda sekarang ni, Zam tergerak hati untuk mencari siapakah penulis novel Setia Hujung Nyawa. Menerusi carian imej di Google,  Zam terjumpa satu pautan ke laman web rasmi ALAF 21, penerbit rasmi untuk novel tersebut karya FATIN NABILA.


Mengenai Penulis Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Feb­rua­ri 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang ke­wartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi. Beliau berazam mahu menjadi seorang penulis yang di­segani dan mampu mendekatkan dirinya dengan golongan pembaca melalui tulisan-tulisannya. Novel DAKAPAN RINDU, karya pertamanya bersama Alaf 21 diharapkan dapat memberi hiburan bermakna dan buah fikiran seadanya kepada mereka yang gemar membaca kisah-kisah percintaan.

3 comments:

  1. Mesti dia tak sangka novel dia akan hits macam nie kan Zam. huhu

    ReplyDelete
  2. wah xsgka. msti novel ni ramai yg gi beli kan

    ReplyDelete
  3. Fifie, Zam pun terfikir mcm tu gak

    Solehah.. A ah, tentu ramai.. Kawan Zam g tanya kat kedai buku, dah habis.. hehe

    ReplyDelete