e

Showing posts with label Setia Hujung Nyawa. Show all posts
Showing posts with label Setia Hujung Nyawa. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Gambar Perkahwinan Amar Asyraf, Pelakon Setia Hujung Nyawa



Assalamualaikum dan selamat petang. Sebelum ini, Zam pernah terbaca dalam akhbar Kosmo 11 Mei mengenai Perkahwinan Amar Asyraf yang dijadualkan berlangsung pada awal Jun. Namun, sehingga kini perkahwinan mereka seolah-olah sepi dari pengetahuan umum, sehinggalah Zam terjumpa gambar diatas melalui page Amar Asyraf di Facebook. Gambar yang dimuat naik pada 14 jun itu turut memuatkan caption berikut: 


A week ago..and will never ever forget for the rest of my life.. thank you so much for all the wishes!!


Semoga berbagia diucapkan kepada pasangan ini. Insya Allah jika berpeluang, Zam akan cuba mencari lebih banyak fotografi perkahwinan mereka selepas ini :)

Monday, February 25, 2013

Tunang Amar Asyraf- Pelakon Setia Hujung Nyawa



Menerusi blog MENULIS MENCONTENG pagi tadi, Zam terjumpa entri berkaitan tunang Amar Asyraf. Rupa-rupanya, pelakon Setia Hujung Nyawa ini sudah bertunang pada tahun lepas pada hari raya ketiga. Untuk melihat gambar tunang beliau, anda boleh hit pada PAUTAN INI. Kredit untuk gambar * info yang Zam peolehi ini kepada FENDY- BLOG MENULIS MENCONTENG.

Sunday, February 17, 2013

Hala Tuju Nelydia Senrose Selepas Setia Hujung Nyawa


 Dah seminggu lebih episod drama Setia Hujung Nyawa selesai dipertontonkan, & kini kemanakah hala tuju Neldia Senrose yang memegang watak Elsalina selepas selesai menghabiskan sesi penggambaran selama hampir 2 bulan?

Menurut 1 sumber, beliau kini akan kembali memberi fokus dalam bidang pelajaran yang berbaki setahun lebih lagi. Seperti yang diketahui ramai, Nelydia baru sahaja berumur 19 tahun dah masih belajar. 

“Selepas ini saya akan kembali menghadiri persiapan ke kuliah seperti biasa untuk meneruskan pelajaran selepas sebulan saya bercuti dan akan kembali fokus kepada pelajaran saya”

“Lebih kurang setahun lagi jangkaan untuk saya menamatkan pengajian saya dalam bidang psikologi. Selepas sekiranya diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran saya dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara,”


ENTRI TERBARU 18 FEBRUARI 2012


Thursday, February 7, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD AKHIR: Ikram Akan Mati??


Alamak! Betul ke ni? Petikan diatas diambil dari FB Hairul Azreen Idris sendiri. Kenapa ya? Sebab dibunuh Hadi ke??

WATAK BAIK Ini Sebenarnya Telah Di'JAHAT'kan Dalam SHN?



Tentu watak Hadi lakonan Talha Harith dalam drama Setia Hujung Nyawa merupakan antagonis yang cukup dibenci ramai. Sakit hati je kan melihat tingkah lakunya yang cuba merosakkan hubungan Elsalina& Zain. Tapi tentu ramai yang tidak tahu, watak Hadi sebenarnya tidak seperti yang digambarkan di televisyen. Di dalam novel, Hadi digambarkan sebagai seorang yang benar-benar baik & sering memberikan motivasi kepada Zain, tidak seperti Hadi di dalam drama yang bermuka-muka di sebalik kebaikan yang ditunjukkan.

Jadi kenapa watak itu di ubah?

Mungkin produksi mahu menambahkan lagi perisa & mewujudkan watak antagonis dalam SHN, seperti kebanyakan drama yang lain. Barulah ada keseronokan menonton drama ini, kan?

Apapun hari ini merupakan kali terakhir drama iniakan ditayangkan. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya k ;)

Tiba-tiba Muncul Watak Ekin Dalam SHN.. Apa Kaitannya Dengan Zain??

Semalam, dalam episod kedua terakhir drama Setia Hujung Nyawa (dah nak dekat habis dah pun), tiba-tiba muncul watak Ekin. Siapakah Ekin? Kenapa dia muncul di saat-saat akhir & kenapa Datin Adibah tiba-tiba mengaitkannya dengan Zain semalam?

Haa... Pada mereka yang pernah membaca novel Setia Hujung Nyawa, tentu dah tahu jawapannya. Tapi bagi yang belum tahu, Zam nak dedahkan satu rahsia... Rahsia besar melibatkan ZAIN HAKIMI.. Tapi amaran Zam, kepada sesiapa yang tak mahu Zam spoilkan unsur suspen mereka untuk melihat episod terakhir Setia Hujung Nyawa hari ini, baik tinggalkan entri ini dengan segera ya.. Hehe


Sebenarnya.. ZAIN HAKIMI mempunyai sejarah hitam dengan Ekin... Apakah sejarah hitam itu, Zam serahkan kepada pembaca untuk menekanya.. Boleh? Hehe.. Punyalah Zain marahkan Elsalina kerana sejarah hitamnya dengan Ikram sebelum ni, tapi rupanya dia sendiri pun sama.. Isk3...

Macam mana agaknya respon Elsalina nanti ye.. Jom saksikan episod akhir Setia Hujung Nyawa petang ini!

SUMBER GAMBAR: KREDIT KEPADA http://mylovely-fieda.blogspot.com/ :))

LAGI ENTRI BERKAITAN:


Evolusi Rambut Zain/Amar Asyraf Pelakon Setia Hujung Nyawa (3 Gambar) 
Penulis Novel Setia Hujung Nyawa
WAJAH UQASHA SENROSE, MIRIP NELYDIA SENROSE.. Eh Kembar Ke?
(Gambar) Comel! El Salina Jadi Dayang Senandung!
Permintaan Zain, Pelakon Setia Hujung Nyawa Kepada Peminat

Wednesday, February 6, 2013

Penulis Novel Setia Hujung Nyawa



Lepas melihat 'fenomena' Setia Hujung Nyawa yang melanda sekarang ni, Zam tergerak hati untuk mencari siapakah penulis novel Setia Hujung Nyawa. Menerusi carian imej di Google,  Zam terjumpa satu pautan ke laman web rasmi ALAF 21, penerbit rasmi untuk novel tersebut karya FATIN NABILA.


Mengenai Penulis Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Feb­rua­ri 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang ke­wartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi. Beliau berazam mahu menjadi seorang penulis yang di­segani dan mampu mendekatkan dirinya dengan golongan pembaca melalui tulisan-tulisannya. Novel DAKAPAN RINDU, karya pertamanya bersama Alaf 21 diharapkan dapat memberi hiburan bermakna dan buah fikiran seadanya kepada mereka yang gemar membaca kisah-kisah percintaan.

Tuesday, February 5, 2013

(Gambar) Comel! El Salina Jadi Dayang Senandung!

Sejak tertengok iklan sedutan episod Setia Hujung Nyawa di minggu akhir, Zam ternanti-nanti nak tengok ElSalina jadi Dayang Senandung. Cam comel je bila dia cakap dalam nada suara yang lain "saya akan jaga awak sampai hujung nyawa!". Sweet gileer.. Di bawah ni, gambar yang Zam ambil sewaktu babak tu dimainkan tadi.. Paling tak boleh blah, muka Zain~ bahagia giler! Haha









LAGI ENTRI BERKAITAN!

Evolusi Rambut Zain/Amar Asyraf Pelakon Setia Hujung Nyawa (3 Gambar)


Monday, February 4, 2013

Evolusi Rambut Zain/Amar Asyraf Pelakon Setia Hujung Nyawa (3 Gambar)

Dalam mencari gambar Er Salina tadi, Zam terjumpa gambar-gambar Zain, atau namanya Amar Asyraf ni di FB. Mungkin sebelum ni, ramai yang terlebih dahulu mengenali beliau dalam drama Dalam Hati Ada Taman yang disiarkan di Astro, dengan gaya rambut yang panjang. Pernah tengok tak? Kalau belum, teruskan scroll entri ini sehingga ke bawah;

SATU


DUA..


DAN YANG TERKINI


Mamat ni dah macam ikon hero yang diminati wanita sekarang ni, terutamanya selepas membintangi Setia Hujung Nyawa.. Apa komen korang?

ENTRI TERBARU BERKAITAN:

WAJAH UQASHA SENROSE, MIRIP NELYDIA SENROSE.. Eh Kembar Ke?

 


Sunday, February 3, 2013

Permintaan Zain, Pelakon Setia Hujung Nyawa Kepada Peminat



Permintaan la sangat kan.. Hehe..Sebenarnya Zam terjumpa gambar ni dari perkongsian rakan di FB, & nampak gayanya dengan nada berseloroh Amar Asyraf meminta peminat drama Setia Hujung Nyawa agar tidak 'membencinya'.. Mungkin disebabkan watak pembulinya (kepada Er Salina) pada mingu-mingu sebelum ni, penonton terbawa-bawa rasa menyampah. Tapi Zain dah baik semula kan, & cuma tinggal 4 lagi episod untuk anda mengikuti drama bersiri ini. Tentu ramai yang dah tahu pengakhirannya melalui novel yang dibaca, tetapi menarik juga untuk kita saksikan perjalan kisahnya dalam bentuk realiti, kan?