e

Saturday, February 2, 2013

Syurga Seorang Isteri: Geramnya Aku Dengan Perangai Awal Ashaari!



Entri kali ini bukanlah nak menyerang peribadi pelakon Awal Ashaari, tapi watak si suami dalam drama Syurga Seorang Isteri yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Cerekarama sebentar tadi yang dilakonkan oleh Awal.. Geram je kan tengok? Pelbagai kisah masyarakat yang dihimpunkan & ditonjolkan dalam drama hari ini mungkin jarang kita ketahui atau jarang dengar, tapi itulah hakikat dalam kehidupan hari ini tanpa kita sedari..

Babak paling sedih, bila si isteri jatuh akibat strok sambil mulutnya menjadi herot.. Pergh.. Sentap jiwa taman dalam diri ini. Apapun cerita ni sarat dengan nasihat agama, cuma janganlah buat perangai macam suami yang salah gunakan agama untuk membodek, mengaburi pendapat si isteri.. Huhu 

Tapi ayat paling best, "ramai perempuan hari ni tak dapat jadi macam Siti Khadijah, sebab ramai lelaki tak jadikan Rasulullah Sallallahualaihiwassalam sebagai contoh ikutan".. Ada maksud mendalam yang harus direnungkan bersamadari kata-kata ini.. Setuju?

 

7 comments:

  1. xnak tgok sbb tgok iklan pon dh meluat huhu

    ReplyDelete
  2. tak tengok laa... dah seminit nak habis baru dpt jelin2.. huhu.. kat utube nanti mesti ade! :D

    ReplyDelete
  3. Tengok jugak tadi....memang geram! Keje nak perabih duit binik je :p

    ReplyDelete
  4. hehe...terpengaruh ngan cerita semua ni... ;)

    ReplyDelete
  5. memang best citer nie...
    geram betul dengan si suami...mulut kalau bercakap semuanya indah...tapi satu tak diamalkan...huhuhu

    ReplyDelete
  6. tu lah asam garam rumah tangga. kalau tak bersedia dengan komitmen, pengorbanan, sila jangan kawin lagi. cukupkan ilmu dalam dalam dada utk pikul tanggungjawab yg besar :)

    ReplyDelete