e

Wednesday, March 6, 2013

Bila Kucing Anda Tidak Pandai Turun Dari Tempat Tinggi..



Tuan empunya kucing pasti pernah menghadapi situasi ini. Umum mengetahui sifat ingin tahu kucing dalam meneroka dunia mereka kadang-kadang menimbulkan masalah pada diri mereka sendiri (& tidak kurang juga pada pemilik kucing). Jika tidak, masakan peribahasa Inggeris ada menyebut, "curiosity killed the cat". Peliknya kucing, haiwan ini biasanya pandai & cekap memanjat, lincah dalam pergerakan namun dalam masa yang sama, ia adalah haiwan yang cepat cuak. Saat itu, pasti anda akan mendengar suaranya mengiau seperti meminta tolong kerana kebuntuan cara untuk turun dari tempat tinggi.

Teringat pesan abang Zam yang bertugas sebagai Medical Assistant di HUKM. Katanya, jika berlaku kejadian seperti diatas, biarkan saja. Jangan kita tergopoh gapah & panik menyelamatkannya. Pandai-pandailah kucing tu turun sendiri nanti. Dia mengingatkan Zam dengan merujuk pada satu kes yang berlaku dimana seorang individu telah terjatuh dari tingkat 4 rumah flat kerana ingin menyelamatkan kucingnya. Malang tidak berbau, individu tersebut yang mendapat musibah. Mungkin dia ingatkan Zam kerana dia faham benar sikap Zam yang terlalu sukakan kucing. Hehe

Berbalik pada cerita di atas, kebiasaannya & akhirnya, kucing tu memang akan pandai turun sendiri, macam si Demuk dalam gambar diatas. Sepetang dia mengiau, & malam tu akhirnya ia berjaya turun dan datang kearah Zam meminta makanan. Kesian..

13 comments:

  1. sian dia.....dah kelaparan dok kat atas.....


    ReplyDelete
  2. hahaha...gayat kucing tu dik zam..hihi..tu lah tuan pesan jangan panjat tinggi2..tak nok dengar..hihi...hapi lah dik zam ngan kucing dik zam tu...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak lupa nak mention.. demuk ni kucing jiran.. zam cuma tumpang kasih dgn kucing jiran je ni.. hehe

      Delete
    2. laa..ingat kucing dik zam tadi..takpe asalkan bahagia je...hihi...cik akak memang dari kecik tak berapa minat dengan kucing...hahaha...gara-gar bulu kucing :)

      Delete
    3. oo.. nanti achoom achomm ae..

      Delete
  3. aloloooo ... comey nyaaaaa gelagat si Demuk !

    ReplyDelete
  4. tu la...panjat lagi tinggi2...he he he...kesian dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang dicarinya atas bumbung pun tak tahulah.. hehe

      Delete
  5. kucing kekadang panjat pandai...bila nak turun dia gayat....he3

    ReplyDelete