e

Thursday, March 7, 2013

Kek Lapis Desa Wira Sedia Terima Tempahan Dari Semenanjung




Assalamualaikum & selamat petang semua ('',) Entri kali ini merupakan respon Zam kepada salah seorang blogger yang bertanyakan tentang Kek Lapis Sarawak di dalam entri Zam sebelum ini, iaitu KAK FIEDA ZAN. Kak Fieda sangat menginginkan kek ini, jadi buat perkongsaian bersama, Zam sediakan entri ini untuk para pembaca. Manalah tahu, ramai lagi di luar sana yang turut berminat untuk mendapatkannya.

Kesemua Kek Lapis Sarawak yang Zam tunjukkan diatas sebenarnya dibuat sendiri oleh jiran Zam di Kuching (gambar-gambar diambil dari entri-entri mengenai kek lapis sebelum ini di blog Zamani Abe). Jadi, setiap kali pulang ke Semenanjung untuk bercuti, Zam hanya perlu singgah ke rumah beliau untuk membelinya. Menurut pembuatnya Puan Dayang, beliau turut menerima tempahan dari Semenanjung, termasuklah pengurusan pos ke sana. Jadi pada yang berminat, boleh lah hubungi beliau di talian 013-8207759 atau 014-6999237.




Komen Zam, kek yang dihasilkan olehnya lebih besar & padat mengisi kotak plastik yang membungkusnya berbanding tempat-tempat lain. Untuk mengetahui jenis-jenis atau nama-nama kek yang dijual, anda boleh hit pada pautan ini: KEK LAPIS DESA WIRA.


PS: Zam baru saja pulang dari beli kek lapis di rumahnya tadi, ole-ole untuk dibawa pulang ke Semenanjung esok.. Alhamdulillah, macam biasa Puan Dayang ni tak lokek.. Zam selalu dapat hadiah percuma sebiji kek lapis darinya, kebetulan pula katanya sedekah malam Jumaat.. Hehe.. Apapun, terima kasih ya :)


10 comments:

  1. ulppp!! tliur skjap! huhuhu!! leh lar pas nie try order kt zam.. hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah :)) appn, mmg buatkan Zam terliur sama ni

      Delete
  2. Balik kali ini, mmg Zam dah rancang lama.. balik minggu lps, itu kawan yg rancang.. hehe.. mmg nmpk menarik.. buat zam lapar je tgk kek ni

    ReplyDelete
  3. cantik2 kaler dia...... menarik sangat......

    ReplyDelete