e

Thursday, March 14, 2013

Kesian Dekat Nurse..




Assalamualaikum & Selamat Pagi. Berkenaan tajuk entri diatas, mungkin ramai yang boleh agak tentang apa yang Zam ingin kongsikan. Pada yang belum mengetahui, Zam cuma nak maklumkan semalam, telah tersebar satu gambar di FB keadaan seorang bayi  di hospital yang berdarah akibat leaking dari intravenous line. Memang hati siapa yang tak tersentuh bila melihatkan gambar tersebut, Zam tak nafikan, cuma apa yang Zam nak tekankan dalam entri ini, kesan negatif yang diterima oleh 'orang lain' kerana penyebaran gambar itu.

Cuba fikirkan, apa pandangan orang ramai terhadap warga kerja hospital terutamanya  jururawat apabila gambar tersebut disebarkan?

Tentunya, ramai yang marah dan salahkan jururawat. Lebih parah, semua jururawat akan dilabel dengan tanggapan begitu.

Tetapi..

Adilkah kita menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar?

Memang benar, sekeping gambar boleh menceritakan 1001 kisah, tapi adakah ia kisah yang benar atau kisah yang tidak benar?

Memetik kata-kata seorang selebriti yang Zam kagumi di FB, iaitu Wardina Saffiyah

Ada banyak pengajaran sebenarnya.. saya kongsikan lagi satu pendapat "sy sgt sedih bila nurse di maki hamun begitu...mereka tak point pada seorang nurse,tp semua...kan x adil macam tu...kesian jgk pada mereka2 yg komen,mngumpat,memaki,mghukum,hanya kerana sekeping gambar...kalau la mereka bkerja nurse only for 1 day,sy sumpah mereka akan rasa apa yg sy rasa...tahan maki hamun mak ayah pesakit,tahan maki hamun doctor...apa yg baik,semua doctor,kalau la org luar tahu apa yg sebenarnya jd" Dear nurses we love you... :) Ada banyak pengajaran di balik sekeping gambar itu - baik untuk nurse, orang yang menguplode, orang yang share, orang yang komen. Moga kita semua boleh berfikiran terbuka :) Ok.. tutup kes. Mahu baca komen silakan, mahu komen silakan tapi berhemahlah ok...

Satu lagi status yang boleh menjelaskan keadaan tersebut, juga dari Wardina Saffiya berdasarkan komen dari salah seorang followernya, Hashimah Ismail:

Atas nasihat dan setelah difikirkan kembali, saya delete gambar baby tadi. Sebenarnya saya share supaya orang ramai peka, supaya setiap pihak peka.. peduli.. apabila lebih ramai yang peduli lebih ramai yang berhati-hati... Thank you for this comment Hashimah Ismail : - Ini bukan kes menzalimi bayi, sesiapa saje boleh berdarah begini bila leaking dari intravenous line tu. Di sini hanya Ada masalah komunikasi shj. 30 babies dijaga oleh 3 nurses dlm satu shift mlm perkara Ni boleh terlepas pandang. Kita jaga seorg anak masa confinement pun penat apatah lagi jaga 10 babies yg sakit per shift. Uploading pic in FB for public viewing mengundang fitnah sbb Malaysians are good at cursing others before knowing head n tail if the story.

Kita kena sedar betapa bahayanya zaman kini bila gambar seperti diatas disebarkan.. Malaysian are good at cursing others before knowing head n tail of the story.. Setuju dengan ayat ini? Bahaya kan..? Tambahan pula, ramainya yang ingin menjadi keyboard warrior di kalangan kita..


34 comments:

  1. betul. tak adil la mcm tu.
    jgn krna nila setitik rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah perumpamaannya.. semua nak dilabel jahat

      Delete
  2. Along ada terbaca kisah ni dalam Facebook semalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg boleh mengundang banyak spekulasi tu..

      Delete
  3. tuu laa . kadang2 org tak sedar mereka duk sibuk sebarkan gambar tu , boleh mendatangkan msalah kpd org lain .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam pun serba salah nak share smlm.. terfikir benda2 mcm tu lah..

      Delete
  4. tak tahu nk ckp ape..cuma gmbr tu mberi pgajaran supaya nurse lebih bhati2 bila handle baby..bwh gmbr tu ade tulis wad & hospital kan?? jadi, xsemua nurse dipersalahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. Nurse, org awam, semua pun kena beringat.. Risau pd tanggapan itu sj lah..

      Delete
  5. saya tengok gambar dari jauh je..tak berani nak besarkan hehe..tak sampai hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam takut darah.. huhu.. tu tak leh tgok lama2

      Delete
  6. sgt2 betul tu zam. sue pun tgk juga gambar ni kat fb salah seorg rakan. tapi sue xde tinggalkan ape2 komen sbb kita xtau hujung pangkal cerita. disbbkan satu perkara, akan effect pd org lain. mcm dlm kes nurse ni la. nnt dah semua org judge semua nurse x bagus dlm mengendalikan pesakit. huhuhu

    ReplyDelete
  7. sedih gak baca citer nie kat FB semalam tapi walau apa un kita kena tahu citer sebenar....(urut dada jap....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam kesian kat dua2 belah pihak.. family baby n nurse

      Delete
  8. setuju 800% entry nie....jgn la sekadar biler tgk 1 gambar kiter boleh hambur kan segala kata-kata kesat yg terang-terang kiter tau itu adalah dari sebelah pihak sahaja..

    ReplyDelete
  9. aduh! biasa lar kan.. kerna nila setitik, rosak susu sebelanga.. sabor jer laaa~ huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakhruru, golongan guru mcm kita ni pun mudah terdedah dgn perkara mcm ni.. sabar je lah

      Delete
  10. org share gambar tu sbb nak bg pihak hospital (tak kira mana2 pun) sedar and aware dgn keselamatan. Nama pun bekerja dalam bidang 'berkhidmat untuk orang lain' so, diorang kena laa hati2 and sensitif. Ini bila ditanya.. dia salahkan baby (dia yang patut dah berotak bole pikir, bukan baby tu), pastu salahkan orang pegi hospital tu, why not mintak maaf je. nurse ni mmg kadang2 kurang ajar. Mana yang baik tu, bagus lah kan. mungkin baby ni kurang nasib baik dpt nurse kasar & kurang ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam setuju untuk tingkatkan kesedaran & sikap waspada kakitangan hospital tu.. Xpernah salah,, Cuma perkara ni mengundang kata2 yg tidak sedap didengar pada warga hospital.. Terasa org yg tak bersalah

      Delete
  11. Tak adil kalau semua nurse dipersalahkan.. Cuma lepas ni mereka kenalah lebih berhati-hati..

    ReplyDelete
  12. nurse salahkan baby tu yang pelik tu....mintak maaf je kan senang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pertma perlu dibuat, minta maaf.. Setuju :)

      Delete
  13. x tgk lagi pic tu..tapi, betul la kata2 last tu..100% setuju sgt2..ini la sikap malaysia yg susah kita nak kikis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kesopanan & kesusilaan yang dah lama hilang

      Delete
  14. memang la kita kena menilai dulu dan dengar kisah untuk dua belah pihak..namun seperti yang terjadi dengan kes arwah abang saya...doktor yang kita akui profesional nye mengherdik abang saya yg dalam kesakitan..dan langsung tidak ada perasaan empati..namun syukurlah doa orang teraniaya...kes dalam siasatan bebaas. bg mak budak tu..eloklah minta penjelasan dulu..dapatkan cerita then kalau pihak spital mengaku mcm kes abg saya tu..baru lah leh nak sebarkan untuk peringatan bersama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, langkah berjaga2 mmg perlu.. jgn ters main serang kan..
      Zam pun pernah dapat layanan yang tak baik dr doktor pelatih.. tgh sakit sgt ms tu.. sabar je lah.. Tp pernah juga dapat layanan yg baik dr doktor pelatih yg lain.. mcm yg ramai kata, tak semua je buruk & tak baik..

      Delete
  15. Itu la kan.. nak sebar sesuatu kena fikir dulu.. kena siasat, tak pasal2 nanti semua nurse nanti dilabel cuai buat kerja.. abe, sepanjang 14 tahun deno sakit SLE ni kan, semua nurse sangat baik hati dan peka dengan pesakit .. tak pernah deno kena marah atau nurse berkasar dengan deno.. deno selalu admit wad, deno tahu mcm mana nurse.. kdg2 ada juga nurse yang garang, mungkin dia penat seharian melayan pesakit.. deno faham.. deno rasa, darah yang banyak pada baby tu mungkin sbb branula di kaki baby tersebut tercabut.. deno pernah juga branula tercabut time tido, mmg berdarah banyak.. branula kan dipasang dalam salur darah, bila tercabut memang banyak darah keluar.. alhamdulillah setakat ni deno dapat doktor dan nurse yang okey^^ btw, harap2 perkara mcm ni tak jadi lagi.. org yang nak komen pun, siasat la dulu.. tak pasal-pasal dapat dosa bila duk maki mengata macam tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deno, thank you so much 4 the comment.. Suka Zam baca.. Semoga Deno pun terus tabah ae hadapi dugaan ni .. Semoga ceria selalu ye :)))

      Delete
  16. Kadang kala manusia tak dapat berfikir rasional bila diganggu perasaan amarah..saya pn turut bersimpati tapi tak la sampai nak maki hamun. Apa2 pun tngok diri kita dulu sebelum nak komen orang lain. Jom Maghrib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. betul tu.. tak perlu sampai memaki hamun semata2 nak tunjukkan diri terlalu prihatin..

      Delete