e

Friday, March 29, 2013

Kisah Sebenar Di Sebalik Isu "Daging Babi" Di NSK Selayang



Rasanya kecoh juga di FB semalam bila tersebarnya gambar yang dikatakan sebagai daging babi di NSK Supermarket Selayang. Namun tanpa sedar, disebalik penyebaran gambar tersebut mungkin terpalit cerita yang tidak benar. Ada eloknya, kita abaikan gambar-gambar seperti itu selagi tidak mendapat kepastian. Apapun, dalam masa yang sama satu report telah dibuat untuk memastikan perkara tersebut. Boleh klik disini untuk melihat report tersebut. Bagus juga menjadi pengguna yang peka, & dalam masa yang sama, kita perlu berhati-hati jika tidak pasti dengan sesuatu perkhabaran.

Berkenaan isu itu, Zam nak kongsikan satu penjelasan mengenainya di FB:

GAMBAR BABI DI NSK RUPANYA BIRI-BIRI BEKU IMPORT
 
Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di pasar NSK. Ambik gambar tapi takde nak siasat, sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran. Setakat ni sudah 11,000+ share gambar yang kononnya daging babi tersebut.

Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.

Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.

Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, "Maaf: kalau sy mencelah sikit.. Saya seorang chef di hotel kl hampir 20thn, utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr Australia, cuba anda perhatikan kain membalut lamb itu ada tulisan merah, tulisan merah itu adalah label dari negeri ia datang, tarikh disembelih, expire date, berat dan tanda ia telah diinspect di Australia, saya menggunanya setiap hari di hotel saya bekerja, kalau anda biasa makan di hotel apabila ramadhan anda akan dapat lihat kambing panggang jadi itulah bentuknya, kalau anda ke NSK ia akan dijual dlm bentuk part by part kambing, ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum dipotong menjadi part by part lagi..."

Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. "Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar-benar jelas dan betul. Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..

Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport? Malaysia tidak import frozen babi, kerana Malaysia pengeksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan di pasaraya tetapi dikilang. Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. Kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.

Jika itu babi, sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di facebook/twitter etc, jika kita seorang yang benar-benar bertanggungjawap.

Mohon maaf jika teguran saya ni salah.

INFO GAMBAR: Ini gambar frozen lamb yang belum dipotong-potong, dihantar ke pasaraya untuk dipotong, dibungkus dan dijual kepada orang ramai.

Credit to : Mak Liza

9 comments:

  1. Ya Allah memang takde hati perut orang yang sebarkan fitnah cam nie...waktu dia buat fitnah apa yang dia rasa oh...memang niat nak menjatuhkan sesorang...nak berbuat jahat tu berpada-pada lah sikit...Allah masih ada nak tunjukkan kebenaran kan dik...

    ReplyDelete
  2. setuju tu zam. kdg2 diorg ni suka sebarkan perkara yg mmg kita x pasti kesahihannya. x psl2 je org lain pun terjebak sama. huhuhu

    ReplyDelete
  3. skrg nie benda kecik pon boleh jadi gempak ... cptnya berita tersebar. sahih ke tak belakang kira.. hurmmm

    ReplyDelete
  4. eksploitasi gambar sebegini ...kenapa orang kita suka citer yang takder diusul periksa..nasib baik seorang chef hotel menjadi penyelamat dengan menceritakan keadaan sebenar....fikir-fikirkanlah....

    ReplyDelete
  5. itulah masalahnye...apa salahnye siasat dl sblm sebar kat orang lain...skrg xterkira dapat dosa free...g minta maaf balik kat semua...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. mungkin orang yang sebarkan gambar tu berniat baik, x nak saudara islam lain yang terbeli daging babi, cuma salah dia adalah dia tak usul periksa kesahihan cerita tu dulu..

    ReplyDelete
  7. smlm udah baca artikel tu - tp mmg mengerikan

    ReplyDelete
  8. betul tu...apsal diorg suka share dosa?...manusiaa

    ReplyDelete
  9. haih... lain kali siasat dulu sebelum share...

    *zam, kakak akan penuhi jemputan tu in shaa Allah esok yer... hari bekerja x sempat la zam... hope zam faham tau... ^_^ sempat lagi kan?

    ReplyDelete