e

Friday, March 15, 2013

Sedapnya Gumbo..


Assalam. Zam sebenarnya baru terjaga dari tidur, & buka saja mata tadi, terpandang pada televisyen yang terpasang. Dalam mamai, sempat layan drama SUV di 702. Habis drama, terus sambung dengan rancangan masakan My Kitchen Rules. Mulanya, menu yang dihidangkan nampak biasa saja, sehinggalah peserta rancangan tersebut menyediakan & menghidangkan Gumbo..

Gumbo? Apa tu? Nampak sangat menyelerakan, nak-nak lagi dalam keadaan yang lapar. Zam terus search di Google, untuk dapatkan info tentang Gumbo. Sekali tengok dalam rancangan tersebut, bahan yang digunakan adalah makanan laut seperti udang & ketam, selain penggunaan nasi di dalamnya. Dan apa yang Zam tengok tak salah, sebab kebanyakan gambar yang Zam jumpa di Google menggunakan bahan yang sama. Seperkara lagi yang Zam suka mengenainya, menu ini dimasak pedas.. Pergh.. Zam suka pedas! Memang terliur sangat dah ni.

Jadi, apa yang Zam buat, pergi ke dapur, masak mee Lee Fah dan masukkan udang ke dalamnya. Itu je yang sempat & termampu sekarang ni untuk hilangkan keinginan makan Gumbo tu. Esok-esok kalau dah expert memasak, mungkin boleh cuba resepi tu.

PS: Lewat betul makan malam hari ni.. 

6 comments:

  1. nampak macam sedap sangat & najihah juge terliur ... :)

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapnye... rasa nak cari sama cm tu ...lapoo!

    ReplyDelete
  3. hahahaha!! ala2 gumbo lar gtue yek..

    ReplyDelete
  4. gmbar atas tu ke gambo??
    mcm ada nasi tp sikit..lain nih..=D

    ReplyDelete
  5. syiera pon tgk gak my kitchen rules smalam.. :)

    ReplyDelete