e

Tuesday, April 2, 2013

Buku " 101 DOA MOHON MAKBUL" Dari Zam Untuk Peserta Bertuah Segmen Mak Dara



Alhamdulillah.. Ini kali pertama Zam berkesempatan menjadi penaja hadiah untuk segmen dari rakan blogger semenjak aktif dalam dunia blog ini. Idea ini timbul apabila Zam terbaca entri BLOGGER MAK DARA yang sedang mencari seramai mungkin penaja untuk segmen MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER nya, & kebetulan pada masa yang sama, Zam mendapat Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dari tempat Zam melanjutkan pelajaran- iaitu OUM Kuching. Jadi terdetik di hati untuk menggunakan sebahagian dari baucar tersebut dalam penajaan hadiah segmen Mak Dara, selain berkongsikan apa yang Zam dapat ini dengan peserta yang bertuah.

Buku 101 DOA MOHON MAKBUL ini Zam temukan di KINOKUNIYA KLCC sewaktu pulang bercuti ke Semenanjung minggu lepas. Niat asalnya, Zam ingin jadikan buku 101 REKREASI HATI sebagai hadiah, tetapi Zam mengubah fikiran bila bertemu dengan buku ini. Tambahan pula, ia adalah buku 'new arrival' di Kinokuniya, jadi Zam rasa buku baru ini lebih menarik & sesuai untuk dijadikan hadiah. Untuk makluman, kedua-dua buku ini ditulis oleh penulis & pelukis yang sama, iaitu Dr. Zahazan & Kartunis Nik (antara karya terkenal beliau ialah "Murahguru Tandoori Payat" dalam majalah UJANG).


Sedikit review tentang buku 101 DOA MOHON MAKBUL:

"Buku ini merupakan garapan menarik daripada buku 101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih, tulisanDr. Zahazan Mohamed & dipersembahkan semula secara santai dengan ilustrasi kartun yang menghiburkan dari Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik)

Keistimewaan buku ini:
  1. Sesuai dibaca semua peringkat umur.
  2. Persembahan santai dan humor.
  3. Mendekatkan pembaca kepada hadis.
  4. Mudah difahami & dihayati
  5. Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan
  6. Muka surat berwarna sepenuhya
Dan petang tadi, Mak Dara telah mengumumkan peserta/blogger yang bertuah memenangi buku ini menerusi segmen beliau. Tahniah Zam ucapkan kepada blogger tersebut, & insya Allah Zam akan perkenalkan beliau dalam satu entri khas yang akan Zam sediakan nanti. Tunggu ya :)

22 comments:

  1. Replies
    1. insya Allah, Zam cuma harap ilmu yg baik dpt disampaikan kpd org lain

      Delete
  2. bertuah siapa yang dapat... :)

    ReplyDelete
  3. Dah ada pemenangnya untuk buku ni ke, Zam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solehah, dah.. Seorang blogger lelaki :)

      Delete
  4. Baru jeling cover buku cik akak dah terover minat..nanti nak juga cari buku nie..mesti best nie...

    ReplyDelete
  5. siapa yg bertuah agaknya nanti yer...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hadiah zam utk peserta segmen mak dara sbnrnya ni :))

      Delete
  7. Tahniah kepada pemenang buku ni.... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah2 sb Zam pun tak baca lagi buku ni.. nk serah dlm keadaan msh berbungkus elok kpd pemenang :)

      Delete
  8. tajuk buku yang menarik ni zam..bertuah sape yang dapat

    ReplyDelete
  9. bagus buku ni bertuah sapa yg memiliki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALlah dapat dimanfaatkan oleh setiap pembacanya :))

      Delete
  10. Replies
    1. ae.. alah siannya.. tak pe dik harap ade rezeki yg lebih baik buat adik ye :))

      Delete