e

Wednesday, April 17, 2013

Genap Setahun Pemergian Abang Ipar



Hari ini, 17 April 2013 / 9.30 malam- genaplah setahun pemergian arwah abang ipar. Masih dalam ingatan Zam, waktu tu Zam baru sahaja hendak memulakan assignment pada lewat malam apabila menerima panggilan telefon dari keluarga di Semenanjung. Terkedu, & tak lena tidur pada malam harinya. Sekejap-sekejap terjaga, & setiap kali tersedar, Zam rasa tak percaya dengan apa yang berlaku. Zam harap itu hanya mimpi. Tapi tak.. Abang Shaiful memang dah tak ada!

Esoknya 18 April, Zam beli tiket Air Asia untuk pulang ke Semenanjung dari Kuching. Waktu tiba di Serdang, Zam tengok tetamu dah berkurangan. Arwah pun dah selamat dikebumikan, & yang tinggal hanyalah beberapa orang jiran, ahli keluarga Zam dari Kelantan & ahli keluarga arwah dari Perak. 

Anak arwah yang kedua yang mula-mula sambut Zam, sambil kata 'Ayah dah tak ada'. Tapi dia tak menangis. Air mata ni pun dah kering.. Zam curahkan semuanya di Kuching.. Zam cari anak arwah yang sulung- baru masuk darjah 1, sebab dia tak ada masa Zam sampai. Rupanya, dia ke padang bermain dengan sepupu.

Dia pun sama. Tak menangis. Cuma banyak diam. Mungkin dia faham apa yang berlaku, tapi tak mahu tunjukkan. Zam panggil dia, tapi dia malu nak datang dekat. Kesian.. Zam umpan dengan Angry Bird dalam hs, baru dia datang.

Setahun dah..

Sampai sekarang, Zam selalu teringat kenangan dengan arwah. Yang selalu ambil dan hantar Zam ke LCCT setiap kali berulang alik Kuching-KL, dialah. Yang Zam minta tolong itu ini, dialah.. Serba serbi, dengan dia..

Apapun, al Fatihah untuk arwah..

16 comments:

  1. sabar ye.. Al-fatihah buat arwah..=)

    ReplyDelete
  2. al-fatihah! smoga arwah dtmpatkn dlm klngan org2 yg b'iman, amin..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...bykkn sedekah doa & Al-Fatihah unuk beliau..

    ReplyDelete
  4. al-fatihah...arwah sakit apo nyo zam...

    ReplyDelete
  5. innalilah!
    moga roh tenang di sana

    ReplyDelete
  6. al-fatihah..saba ye...
    kuatkan semangat...

    ReplyDelete
  7. al-fatihah..sedih baca entry ni zam..kesian kat anak2 dia

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah....sebak lak....(jap kesat air mata....)

    ReplyDelete
  9. huhu....jdi rindu pulak dgn arwah kakak ipar..R.I.P.

    ReplyDelete