e

Thursday, April 18, 2013

Derma Dengan Barang Expired




Isk isk.. Mengeleng kepala kami bila dihimpunkan sekotak besar biskut Oreo, Chipsmore & Munchy's yang didermakan kepada murid-murid tadi telah lepas tarikh tamat tempohnya. Rata-ratanya, bulan Januari 2013. Kami tak salahkan penganjur pogram yang menyampaikan sumbangan, kerana barang-barang itu telah didermakan oleh pihak lain melalui pihak penganjur sebelum diserahkan kepada kami.

Tak tahu dimana silapnya. Mungkin kebanyakan biskut tersebut diperolehi dengan murah beberapa bulan sebelum tarikh tamat tempohnya, dan apabila diterima oleh kami, biskut tersebut telah melepasi expired date. Sayang nya melihat sekotak biskut terbuang begitu sahaja.

Mujur Cloud 9 & air kotak Ribena yang turut disumbangkan bersama biskut-biskut tersebut masih boleh dimakan.. Selain KFC, kuih muih, yang dihidangkan waktu pogram berjalan, & bekal nasi lemak sewaktu perjalanan pulang.

Hmm... Beringatlah sebelum menderma sesuatu kepada orang lain..

Published with Blogger-droid v2.0.9

16 comments:

  1. Laaaa... Ya ke... Camne leh jadi tu... Pihak penganjur dah tahu kes ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak maklumkan.. tak apalah.. Takut penganjur malu lak nanti.. Diorang dah banyak tolong hari ni

      Delete
  2. alahai, serba salah jd nya kan, lgpun benda2 'kecik' mcmni kan slalu org terlepas pandang....

    ReplyDelete
  3. tak baiklah buat cam tu...
    Nak derma, dermalah betul2...

    ReplyDelete
  4. mcm tak ikhlas je nak menderma kan.

    ReplyDelete
  5. Aduh...
    Kesiannya bebudak..
    Tak baik menderma barang dah expired.....
    Mungkin ada kesilapan dari mana2 pihak tu kot..

    ReplyDelete
  6. alahaiii..sian kat bebudak yg dah memang berharap nak makan biskut tu kan..hermmm ada ler sebabnya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, terutamanya oreo.. mmg kgmrn rmai

      Delete
  7. sepatutnya penganjur mesti prihatin dalam memilih barang utk diberi kepada penerima, selalunya barang-barang dalam hamper dah dekat tarikh expired...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, setuju! hamper satu lg hal.. pnh dpt yg expired!

      Delete