Entri Makan Malam!
Zam dapat idea untuk menulis entri ni dari menu makan malam Zam sebenarnya. Penyediaannya ringkas je, berbekalkan pasta & bebola daging yang dibeli di Parkson petang tadi. Dan pasta pilihan Zam ialah makaroni, yang menjadi kesukaan sejak kecil.
Pasta boleh didapati dalam pelbagai bentuk, dan jika mahu menyenaraikan kesemuanya sekali adalah agak sukar.Namun pernah tak kita terfikir kenapa ia dihasilkan dalam bentuk & saiz yang pelbagai?
Oh ya, entri kali ini bukanlah berdasarkan info yang dipetik dari mana mana sumber, tetapi dari pengamatan Zam sendiri. Kalau ragu ragu, boleh cari dari sumber lain ye.. hehe
Pertama, mungkin kerana setiap pencipta pasta ingin menampilkan keunikan yang tersendiri pada bentuk Pasta ciptaan mereka. Pada mereka, mungkin ia adalah satu hasil seni & kreativiti di dalam bidang masakan.
Kedua, mungkin kerana ingin memberikan tekstur yang berbeza dari bentuk yang berbeza. Pada Zam, tekstur yang berbeza dari bentuk setiap pasta memberikan sensasi & perasaan yang berlainan setiap kali kita mengunyahnya.
Padahal bahan yang digunakan untuk membuat kesemua jenis pasta adalah sama. Tapi kenapa Zam lebihkan sukakan makaroni berbanding spiral. Ini sebagai contoh.
Ada sesiapa disini yang boleh berikan pandangan? Hehe
PS: Berbanding laksa, Zam lebih sukakan laksam. Walaupun bahan yang digunakan untuk membuatnya sama, namun saiz & bentuk yang berbeza memberikan citarasa yang berlainan :)
i love LAKSAM too!! AWESOME!! ^^
ReplyDeletecitarasa sama lah ni.. giv me 5!
Deleteaduhaii geram tengok pasta yg comel2 hihii
ReplyDeletehasil seni tukkang masak :)
Deletesemenjak orang kelantan berniaga dekat rumah nie, tiap-tiap minggu sure makan laksam, sedap dan rasa kuahnya...ermmmm yummy...
ReplyDeleteerm terliurnya.. dah lama tak makan
Deletelaksa & laksam pebret gak...pasta kurang gemar...tekak masih lagi org kg...hehehe..
ReplyDeleteterbaik.. hehe
Deletesy pun prefer macaroni..dan paling suka macaroni carbonara buatan sendiri...eh..? huhu :p
ReplyDeletewalaupun rasa setiap pasta ni sama, tapi sy lebih suka macaroni sbb senang di makan..
setuju.. selera kita sama!
Deletemungkin untuk menarik minat kot..sebab org ni makan pun kdg2 berseni
ReplyDeleteyup betul.. bila cantik, kita berselera nk mkn
Deletesuka laksam juga!
ReplyDeletehehe.. sama ;))
Deletebtol lah mya pun lebih suka kn macaroni..knp yer
ReplyDelete?
tekstur kot ;)
DeletePasta ni ada orang bhuat hiasan dalam botol je...
ReplyDeleteSayang nak makan kot... =D
setuju.. & buat hiasan pd frame pun cantik!
Delete