e

Sunday, April 14, 2013

Pengaruh K-POP Dalam G.I. JOE RETALIATION

Watak STORM SHADOW di dalam filem G.I.JOE: RETALIATION- antagonis COBRA yang mengenakan sut ninja serba putih telah diperkenalkan sejak animasinya muncul di kaca televisyen sekitar 80 an lagi. Dari wataknya (sebagai seorang ninja), sudah tentu peminat animasi membayangkan dia adalah seorang warga negara Jepun, dan begitulah juga apabila wataknya dijelmakan dalam kedua-dua filem G.I.JOE : The Rise Of Cobra & RETALIATION. Namun, sebaik melihat kemunculannya menerusi filem The Rise Of Cobra, terdetik di fikiran Zam:



K-POP?


Mulanya Zam menyangkakan aktor yang memegang watak tersebut adalah seorang yang berbangsa Cina Amerika, tapi apabila melihatkan gaya berpakaiannya, termasuklah pakaian tempurnya yang lebih mirip kepada gaya seorang artis KPOP, Zam terus mencari maklumat tentang aktor yang memegang watak sebagai ninja putih tersebut. Rupa-rupanya, pelakon itu memang berasal dari Korea, dan namanya ialah BYUNG-HUN LEE.


Patutlah pun.. Pakaian tempur ninja nya tak macam ninja.. NINJA KPOP rupanya.. Hehe.. Apapun dalam filem ini, beliau tetap memegang watak sebagai seorang yang berbangsa Jepun.

Apapun, pada mereka yang mempunyai masa lapang di hujung minggu ni, apa kata anda luangkan masa untuk menonton filem
G.I.JOE: RETALIATION ini. Zam baru saja menontonnya semalam, & komen yang Zam dapat berikan, berbaloi dengan harga tiket yang anda bayar.

 

12 comments:

  1. Haha,,tp memang stail gler r bju nnja ue,tatau plak kpop dy.nice,haha

    ReplyDelete
  2. Lee Byung Hun! haha.. dah lama minat dia sejak tengok drama Beautiful Days :) hehe.. masa first movie GI Joe tu terkejut gak, dah berjaya sampai Hollywood dah dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. o ye ke.. zam tak tahu sal dia ni sbnrnya.. hehe

      Delete
  3. Oooo xknl pun sapa dia nih...tp semlm da tgk cite ni mmg best sgt2!

    ReplyDelete
  4. wah...Zam sanggup selidik rupanya yea....artis K-pop Korea nie ramai pujaan peminatnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sb konfius dia ni mcm cina amerika, pegang watak org jepun, tapi rupanya korea...

      Delete