e

Saturday, May 18, 2013

BEN ASHAARI : RELEVANKAH LAGI BLOG ?



Assalamualaikum & selamat pagi Sabtu. Ingatkan nak mulakan hari ini dengan entri personal, tapi bila perasan Abang Ben Ashaari buat segmen pantas & segera ni dari Eraz Fadli, Zam terus tukar plan tu. Pada blogger yang ingin menyertainya, boleh hit pada header blog Ben Ashaari di atas ya :)

Apa yang perlu dilakukan ialah menjawab pertanyaan beliau di bawah ini:
 
Relevankah lagi blog sbg platform perniagaan online jika nak dibandingkan dengan laman sosial media yang lain seperti Facebook , Twitter , Instagram , Keek dan lain lain ?
 
Pendapat Zam:
 
Masih relevan. Medium blog adalah lebih praktikal kerana sentiasa terkait dengan carian langsung  kata kunci pengguna di internet berbanding laman sosial yang lain. Walaubagaimanapun, ia dapat dijadikan platform yang lebih berkesan sekiranya blog tersebut diselenggara dengan aktif & sistematik (seperti penggunaan teknik SEO), selain mempunyai populariti yang tinggi kerana secara tak langsung 2 faktor ini dapat mempengaruhi kebolehpercayaan pengunjung & pembaca blog tersebut. Sekaligus, ia dapat mempengaruhi juga kebolehpercayaan mereka terhadap produk yang diiklankan.

Blogspot juga merupakan  platform tanpa had & batasan untuk mempromosikan sesuatu produk online secara kreatif  & menarik berbanding laman sosial.


 PS: Cepat-cepat join tau, sebab Abang Ben ni suka ikut angin dia je nak tutup penyertaan segmen bila-bila masa.. Haha
 

8 comments:

  1. jawapan yang bernas...selamat bersegmen zam...

    ReplyDelete
  2. akak dah tak sempat rasanya...kalut hari nie...good luck ZAM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. segmen pantas je ni.. btw thanks Kak :))

      Delete
  3. Singgah dr segmen yg sama.

    Mice one bro zam :-)

    ReplyDelete