e

Friday, May 17, 2013

Kerana Seorang Gadis Bisu, Zam Jadi Cikgu

Kerana Seorang Gadis Bisu, Zam Jadi Cikgu-

Waktu di sekolah dulu, tak pernah terlintas di fikiran pun nak jadi cikgu. Tapi bila dikenang balik tentang rezeki ni, semua tu dah diatur dengan baik sebenarnya.. Nak dijadikan cerita, segalanya bermula dari seorang gadis bisu yang Zam kenal 11 tahun dulu..

Kat mana Zam kenal gadis bisu tu? Sebenarnya hanya dalam sebuah drama Jepun. Bukan real. Cuma dari situ, Zam mula tertarik dengan bahasa isyarat yang dia gunakan.


 Gadis Bisu~ Cik Aya

Drama Jepun Hoshi no Kinka/ Heaven Coin ni dimainkan di TV2 selepas Zam tamat menduduki SPM dulu. Mengisahkan kesungguhan seorang gadis bisu dari Hokkaido yang mencari cinta hatinya di Tokyo, seorang doktor yang telah hilang ingatannya disebabkan kemalangan. Sedih gak lah tengok dia sebab dalam kekurangan tu, dia cuba untuk pulihkan ingatan si doktor tu. Sambil-sambil tu, Zam sempat meniru aksi bahasa isyarat yang digunakannya, dan bermula dari situlah Zam mula berminat untuk mempelajari bahasa isyarat. Macam cool jek cakap guna tangan.. Bergaya.. Hehehe

Dalam tahun yang sama, semasa mencari hala tuju untuk menyambung pengajian selepas SPM, Zam belek-belek senarai diploma perguruan yang disediakan. Teruja sekejap bila melihat salah satu kursus yang ditawarkan adalah opsyen Pendidikan Khas/Masalah Pendengaran. Zam dah berkira-kira, jika dapat nanti, Zam akan dapat belajar bahasa isyarat dengan lebih praktikal. Terus Zam isi borang dengan pilihan opsyen itu..

Dan sekarang, jadilah Zam seperti apa yang anda kenali.. Seorang cikgu.. Hanya bermula dengan minat terhadap bahasa isyarat, dan kemudiannya disambung di peringkat lepasan SPM. Bersyukur sangat, sebab Zam dapat menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan khas. Cuma sayangnya, Zam tak berjaya ditempatkan di opsyen Masalah Pendengaran yang Zam minat- Zam ditawarkan dengan opsyen yang berlainan iaitu Masalah Penglihatan. Belajar tulisan braille.. Tak apalah, apapun dah berjaya di peringkat ini, dah bersyukur sangat sangat..

Maaflah terpanjang pula cerita kali ini.. Idea dah ada sejak Hari Guru tahun lepas, cuma tahun ni baru berjaya diceritakan.. Hehe


25 comments:

  1. wahh saya pun minat gak bahasa isyarat ni

    ReplyDelete
  2. bagusnya cikgu zam..minat nk belajar bahasa isyarat..x mudah sebenarnya..apa2 pon best of luck!! =D

    ReplyDelete
  3. bahasa arab ngan inggeris tak termampu nak hafal apatah lagi bahasa isyarat...kalo dah ada minat, semua jadi mudah...all the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, setuju tu.. kalau minat, semua boleh jln

      Delete
  4. Wow...Dulu masa kecil pun minat tulisan braille...But at the end jadi cikgu seni jelah...:) huhhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius? wow.. apapn cikgu seni pun best gak ;))

      Delete
  5. baru tahu Zam ini guru pendidikan khas, ilmu yang dipelajari sungguh tak ternilai sekali.....

    ReplyDelete
  6. KENAL BLOGGER CIKGU FIQ X? DIA PON GURU KEPADA PELAJAR KELAINAN UPAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenal :)) dia mngjr student pekak rasanya

      Delete
  7. selamat hari guru zam!
    salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Izzat :)) Salam perkenalan juga :))

      Delete
  8. selamat hari guru..ur choice is very murni! keep it up! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Minah.... err ape nama betul ni? hehe

      Delete
  9. salam kenal cikgu..cikda salute la dgn zam ni.. teruskan minat dan moga berjaya dalam kerjaya ini..

    ReplyDelete
  10. salam cikgu....sama laa kita minat jgk dl dgn heaven coin..smpi skrg tgk jgk... :) teruskan minat dlm kerjaya cikgu :)

    ReplyDelete
  11. huhuhu akhirnya jumpe gak tajuk drama jepun nie....

    ReplyDelete