e

Monday, May 20, 2013

Isu AirAsia: Kisah Izan & Anaknya Maryam Yang Tidak Dibenarkan Menaiki Pesawat Untuk Pulang Ke Malaysia



Assalamualaikum & Selamat Pagi. Mulanya Zam mengetahui kisah ini dari blogger MAK DARA a.k.a ADZA IRDAWATI di FB. Sejurus selepas itu, terjumpa satu pautan dari perkongsian rakan FB lain di http://networkedblogs.com/Ln5Ru. Setelah membacanya, barulah Zam faham apa yang dialami oleh dua beranak ini, IZAN (ibu) & MARYAM (seorang bayi sindrom down).

Secara ringkasnya ibu ini pergi melancong ke Vietnam bersama ahli keluarganya yang lain (12 orang kesemuanya) dan sewaktu hendak pulang ke Malaysia, anaknya Maryam tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana demam campak yang dialaminya, dan hanya dibenarkan menaiki pesawat pada 5 hari kemudian. Walaubagaimana pun, si anak sebenarnya telah sembuh, dan hanya tinggal kesan parut sahaja di badannya. Namun wakil pihak AirAsia di sana tetap berkeras dan tidak membenarkan dia naik. Kesukaran yang dihadapi oleh si ibu ialah, tiada wang yang mencukupi untuk menampung kehidupan di Vietnam selama 5 hari selain kos sewaan hotel yang mahal.

Untuk lebih banyak gambar bukti yang menceritakan kisah tersebut dengan lebih teliti, anda boleh hit di pautan ini http://networkedblogs.com/Ln5Ru.

10 comments:

  1. ada baca semalam dan salah seorang cikgu saya beri komen pasal ni..

    katanya, pihak pengurusan di Vietnam mmg terkenal ngan terlalu mengikut peraturan even keadaan jadi macam ni, susah sangat nak bertolak ansur.. cikgu sendiri pernah lalui perkara sebegini cuma situasi yg berlainan

    http://www.hanasays.com/2013/05/459ai-no-kotoba-calvin-thoo-peluk-islam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam pernah berdepan dgn staf yang straight sgt ni.. yg tak tahan nampak bongkak tu

      Delete
  2. saya baru je terbaca di blog Hazrey.com berkaitan perkara ni. mmg x patut la diorg wat camtu. tgk sajalah sapa yg selamatkan mereka anak beranak, MAS telah memberi bantuan kpd mereka :)

    ReplyDelete
  3. Tak patutlah buat macam tu......
    Lepas tu AJ baca ade yang bercanggah antara kak Izan dengan AirAsia....
    AirAsia cakap dah hantar ke hospital... Tapi dengarnya tak....
    Dahlah kat negara luar pulak tu...
    Kesian anak beranak ni.....

    ReplyDelete
  4. eii.. takut pulak nak pegi vietnam..

    ReplyDelete
  5. Tak mesra tourist. Diorang gak rugi nanti.

    ReplyDelete
  6. nak kena baca further ni...thanks for sharing zam...

    ReplyDelete
  7. i feel really bad for Puan Izan & Maryam....for an unacceptable and unbelievable resistance and circumstances......tak dapat dipastikan tp dengarnya dia dia dah selamat dibantu pengurusan MAS (credit to them Malsysian Hospitality - is all about you).....on the other hand, kesian tu kesian jugak, tp benda dah jadi...selain daripada menyalahkan pihak airasia, kita semua pun lepas ni kena la amik skit masa untuk membaca T&C perjalanan dan cuba fahamkan mane yg boleh....

    sebab dalam Article 7 "Refusal and Limitation of Carriage" airasia pun mmg ada nyatakan dalam klausa g&h berbunyik "if in our judgment, you are not fit to travel due to drunkenness or any obvious adverse medical condition" dan/atau "if in our judgment, you are not medically fit to travel or your medical condition poses or could pose a danger or threat to the health of other passengers"....mmg sangat strict sebab derang boley deny perjalanan kita tanpa liabiliti (cilake amat disitu).

    kalo dah seketat itu peraturannya, maka tanggungjawab kita pula lah supaya perkara mcm ni x terjadi pada kita nnt....mmg tak patut lah airasia jadik sebegitu tidak berhati perut, tp ada caranya.....kalo aku, aku larik je kejap kt klinik airport dan dapatkan pengesahan 'fit for travel'...sekejap je pun, daripada buang masa sejam nk btekak ngan petugas boarding yg bermacam ragam dan tegas tak tentu hala dan situasi.

    *kita nk pas dapat je tiket, pls spare 10-15 minutes to go thru the Terms & Condition....jgn pandang ringan dengan peraturan bertulis.

    ReplyDelete
  8. lepas nie better naik MAS..boikot jer Air Asia...sedih baca citer ini kat blog Mazidul....

    ReplyDelete