e

Sunday, May 19, 2013

MasterChef Selebriti Malaysia 2 Episod 18: Enot Terselamat Dari Penyingkiran!



Drama terbaru dari MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua~ Enot Terselamat Dari Penyingkiran! ! Rupanya tiada penyingkiran untuk episod kali ini selepas mengharungi detik penyingkiran yang mengharukan. Alkisahnya, 4 peserta yang menduduki tangga terbawah- Radhi, Enot, Celina & Syura menerusi episod 17 (semalam) terpaksa berhadapan dengan persaingan sengit dalam cabaran masakan menggunakan bahan utama iaitu belut hidup! Mungkin ini adalah kali pertama para chef memperkenalkan bahan masakan yang masih hidup, & menjadi satu cabaran bagi peserta kerana perlu berdepan dengan sifat & fizikal belut yang cukup menggelikan mereka.

 


Setelah hidangan dipersembahkan & diadili, para chef memutuskan masakan Radhi adalah yang terbaik untuk malam ini walaupun dengan penggunaan bahannya yang ringkas- iaitu perapan kicap & sos tiram sebelum digoreng. Tidak menghairankan, kerana teknik perapan kicap itulah yang biasa digunakan oleh orang Jepun untuk menyediakan hidangan belut mereka. Pada mulanya juga, Zam sangkakan ada diantara mereka yang akan menyediakan Paprik Belut memandangkan belut sesuai dimasak sebegitu, namun sangkaan Zam meleset.

Waktu Enot diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, Zam rasa pelik kerana hidangannya lebih menyerlah berbanding Celina mengikut komen-komen yang diberikan oleh chef. Rupanya ada drama di sebalik keputusan itu! Di saat-sat akhir waktu Enot hendak keluar dari pintu dapur MasterChef, pintu tak dapat dibuka kerana terkunci dari luar! Mungkin ramai yang dah dapat mengagak dari babak itu, tiada sesiapa yang akan disingkirkan kali ini.. Hehe

PS: Kesian kat Syanie dah menangis tak henti-henti bila Enot disingkirkan dalam drama kali ini.. Apapun, Zam tergelak besar sebenarnya bila Enot diumumkan masih terselamat dalam MasterChef. Happy untuk Enot, & tak sangka ditipu hidup-hidup oleh MasterChef.. Adoila..

9 comments:

  1. wahhh :) naseb baik tak ada penyingkiran

    ReplyDelete
  2. salute for radhi.daripada tak reti masak, samapi dapat hidangan terbaik.

    ReplyDelete
  3. drama sgt tauuu!!!!!..dah agak, memg drama laahhhh....hahaha..

    ReplyDelete
  4. tertengok smlm, selamat enot! tp syanie dan lyadyawati dh nanges gila2. haha

    ReplyDelete
  5. huhuhu..x tgk pun sbb xde astro. apa yg sue tau, drama lbh diorg ni

    ReplyDelete
  6. hehehe.. selamat.. cikda lom tgk, ingat ptg kang baru nak layan.. emm pandai kan dierang ni berdrama..

    apapun salute kat radhi..

    ReplyDelete
  7. masak belut, tak makan ler....tahniah Enot masih terselamat lagi...

    ReplyDelete