e

Sunday, May 19, 2013

Lokasi Baru Peniaga Bukan Jaminan Tarikan Pelanggan?




Sejak bermaustatin di sini 8 tahun dulu, banyak perubahan dari segi pembangunan & infrastruktur yang Zam dapat lihat. Contoh paling banyak, penyedian penempatan baru untuk peniaga yang lebih cantik & kondusif. Kawasan yang disediakan juga lebih luas, & bila difikirkan secara logiknya siapa yang tidak sukakan suasana seperti ini kan? Kawasan peniaga yang baru tentu saja boleh menarik kunjungan pelanggan yang ramai.

Namun, apabila Zam melihat secara kasar, teori itu tidak begitu menjadi. Mungkin disebabkan beberapa faktor. Satu, lokasi baru tidak strategik berbanding lokasi lama. Maksud Zam, dari segi tumpuan. Walaupun lokasi lama agak kecil, sempit & padat dengan peniaga & pengunjung, namun kemeriahannya dapat dirasai. Selain itu, lokasi lama terletak di kawasan bangunan yang lengkap dengan kemudahan bank, restoran, kedai-kedai barangan harian dan lain-lain. Kawasan untuk parking juga lebih banyak kerana di hadapan setiap bangunan terdapat lot-lot meletak kenderaan berbayar. Sayangnya apabila ditempat baru, kawasan parrking yang ada adalah terhad.

Tempat baru- walaupun luas & tidak dihimpit bangunan lain, ini menjadikan jarak diantara satu gerai ke gerai lain bertambah dan pelanggan terpaksa berjalan lebih lama & jauh untuk mencari barang keperluan mereka. Tambahan pula di kawasan yang terbuka, ia membuatkannya terdedah secara langsung dengan kepanasan matahari. Keadaan ini berbeza dengan tempat lama yang lebih teduh kerana terdapat banyak bangunan tinggi di sekitarnya.

Situasi ini sebenarnya memberikan ketidakselesaan kepada pelanggan & peniaga. Pelanggan semakin berkurangan ke tempat baru, & pendapatan peniaga pula tidak sebaik dulu sewaktu berniaga di tempat lama. Di sesetengah kawasan lain sebagai contoh, para peniaga berpakat tidak mahu berpindah ke lokasi baru yang lebih baik kerana ia tersorok dari tempat asal mereka berniaga- di hadapan sebuah jalan besar.

Apa yang dilontarkan di sini hanyaah sekadar pendapat peribadi Zam menerusi pandangan kasar. Rasanya di masa akan datang, pihak berkuasa patut lebih peka terhadap masalah-masalah yang timbul seperti ini.

PS: Dah lama tak ke Pasar Satok sejak lokasinya berubah.. Huhu

3 comments:

  1. A ah kak.. dah kurang meriahnya skrg ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. ohhh tak pernah sampai lagi....

    ReplyDelete
  3. AJ last pegi sana 3-4 tahun lepas.....
    Lokasi dia jauh dari tempat lama ke??
    Yang lama tu meriah kan...

    ReplyDelete