e

Saturday, May 4, 2013

Jehan Miskin Kahwin Hari Ini



Assalamualaikum & selamat pagi. Susulan dari entri Zam sebelum ini- Gambar Bakal Isteri Jehan Miskin?, Zam ingin kongsikan maklumat yang telah didedahkan oleh banyak sumber di media maya. Jehan Miskin Kahwin Hari Ini~ menurut salah satu sumbernya iaitu MyStar, majlis perkahwinan Hejan Miskin akan diadakan di Carcosa Seri Negara pada pukul 2 petang nanti, & bakal disaksikan oleh seramai 100 tetamu termasuk teman rapat pasangan ini. 


 Berkenaan pasangan hidupnya yang berasal dari Korea, Jehan memaklumkan perkenalan mereka telah mencecah usia 5 tahun.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya. Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan," ujarnya.

Jadi, bersempena Jehan Miskin kahwin hari ini & bakal menamatkan zaman bujangnya, kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. Apa yang menarik perhatian Zam ialah, majlis perkahwinan mereka petang ini akan diadakan sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga. Mungkin mereka merancang untuk melakukannya secara sederhana. Ini yang patut kita amalkan & contohi, kan?

Tahniah sekali lagi untuk pasangan ini :)

3 comments: