e

Saturday, May 4, 2013

Malindo Air.. Pulang Bersama Pesawat Baru



Alhamdulillah.. Semalam, Zam selamat tiba di KLIA pada pukul 3.20 petang dari Kuching. Berbezanya kepulangan kali ini, Zam menggunakan Malindo Air. Pertama kali sebenarnya ni, sebab sebelum ni Zam selalu pulang dengan Air Asia. Nak dapatkan tiket murah kan.. 


Apapun, antara kelebihan yang Zam nak ceritakan disini tentang Malindo Air ialah, tiada caj untuk 15 kg bagasi untuk satu hala, disamping pemberian hidangan/kudapan termasuk minuman untuk semua penumpangnya. Tentang seat, memang best.. Sempat Zam layan filem Ice Age 3 di sepanjang perjalanan menerusi skrin di depan seat sehingga tamat.

Harapan Zam, semoga Malindo Air dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari syarikat penerbangan lain, dengan menawarkan harga yang murah & tidak membebankan pengguna dengan syarat yang menguntungkan sebelah pihak sahaja di masa akan datang. Biarpun masih muda di arena ini, semoga Malindo Air mampu meberikan saingan & menguntungkan pengguna seperti Zam.. ;)

9 comments:

  1. 2 dia...kami xpenah naik kapal terbang pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam terpaksa sb jauh.. hehe.. ada peluang, insya Allah pergi lah melancong dgn tiket murah.. zam pun slu bajet ni

      Delete
  2. ari tu g kching nek mlindo jgk.. mmg AWESOME lar!! murah pun murah! skrng xtau lar tket brpa dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akhruru pgi, mmg murah giler.. tp zam balik dkt mengundi ni, ada mahal lah sikit

      Delete
  3. kalau dah tiket murah boleh ler pergi jenjalan naik belon....hehe

    ReplyDelete