Play Safe- Mungkin itulah yang sesuai dikatakan kepada 3 peserta MasterChef yang menduduki 3 tangga terbawah apabila menyediakan hidangan Nasi Lemak di dalam episod penyingkiran kali ini dengan tema Sarapan. Mungkin juga, kerana hanya itu resepi yang difikirkan mereka sesuai dan sinonim dengan tema yang diberikan. Namun, sedikit tambahan & pengubahsuaian di dalam menu seperti ayam goreng berempah, sambal udang & telur dadar berjaya menyelamatkan Che Ta & Lydiawati sementara Sabhi Saddi yang menghidangkan Nasi Lemak biasa, tersingkir dari MasterChef Selebriti Musim Kedua ini.
Dalam masa yang sama, Kenchana & Celina berjaya menyelamatkan kedudukan mereka di MasterChef apabila menampilkan hidangan yang berbeza & unik berbanding 3 peserta lain.
Memetik pengakuan Sabhi Saddi sebentar tadi, beliau mengakui nasi lemak yang disediakan olehnya adalah biasa-biasa sahaja. Apapun, setakat ini Sabhi Saddi berjaya mengumpulkan RM5000 untuk badan kebajikan yang diwakili olehnya.
salute ngan radhi OAG sebab masih kekal.
ReplyDelete;) rezeki dia
Deletenantikan episod yang seterusnya.....
ReplyDeleteya.. Zam pun tak sbr nk tgk ni
DeleteAJ on off tengok rancangan ni... =D
ReplyDeletezam pun.. episod penyingkiran je yg Zam tak miss
Deletebaru tahu dia tersingkir tadi...
ReplyDelete:)) Zam xsbr nak tgk siapa yg dpt bertahan sampai akhir
Delete