Assalamualaikum & selamat petang. Dalam entri Zam sebelum ini berkenaan Hari Guru, ramai dikalangan rakan blogger yang bertanyakan tentang hadiah yang Zam dapat sempena sambutan hari tersebut di sekolah. Jadi dari situ, Zam rasa berminat untuk menceritakan serba sedikit tentang kisah sambutan Hari Guru Zam yang diraikan sejak 8 tahun lalu yang mungkin tidak sama dengan guru-guru di tempat lain.
Bila sebut tentang Hari Guru, mungkin kita membayangkan guru-guru menerima banyak hadiah pada hari itu. Mungkin juga, boleh dikatakan sampai tak muat bonet kereta.. Haha.. Biasanya memang begitulah, guru akan menerima banyak hadiah, nak-nak lagi jika guru itu merupakan seorang guru kelas.
Bila sebut tentang Hari Guru, mungkin kita membayangkan guru-guru menerima banyak hadiah pada hari itu. Mungkin juga, boleh dikatakan sampai tak muat bonet kereta.. Haha.. Biasanya memang begitulah, guru akan menerima banyak hadiah, nak-nak lagi jika guru itu merupakan seorang guru kelas.
Tapi situasinya berbeza dengan Zam.. Mengajar di sekolah pendidikan khas, suasana itu sebenarnya sangat mustahil untuk dirasai. Pertama, kerana murid kami tidak ramai. Tak lebih dari 50 saban tahun. Kedua, mereka menetap di asrama- dimana mereka amat jarang berpeluang keluar ke pasar atau pekan untuk membeli barang. Ketiga, kebanyakan dari mereka tidak mempunyai duit belanja & tidak dibekalkan dengan duit yang banyak kerana ibu bapa mereka, rata-rata dari golongan yang berpendapatan rendah.
Itu sahaja. Situasi mereka sebenarnya membataskan mereka dari melakukan perkara seperti kanak-kanak normal lain, seperti keluar ke bandar meminta ibu bapa membelikan itu ini sebagai hadiah buat guru mereka, atau mungkin saja dengan menggunakan simpanan wang saku mereka :)
Apapun, untuk Hari Guru kali ini, Zam terima 2 hadiah. 1 semasa sesi pertukaran hadiah sesama guru, 1 melalui sukaneka. Itu caranya bagi kami menjalankan sambutan Hari Guru. Simple kan? Rasanya, guru-guru di pendalaman turut mengalami situasi seperti kami :)
Begitulah kisah Hari Guru di sekolah Zam. Jauh berbeza dari sambutan besar yang lebih meriah di tempat lain :))
hehe. lain guru, lain pengalaman mereka :)
ReplyDeleteBetul tu :))
Deletehadiah tak de tak pe..tp kat akhirat nnti dorang tu yg bg zam hadiah pahala.. ;)
ReplyDeleteInsya Allah.. aminnn
DeleteYang penting, menjadi guru bukanlah untuk menerima hadiah, kan Zam. All the best yer dik.
ReplyDeleteThank Kak Aziela :))
Deletexpe be zam paling penting ilmu yang kita ajar dan kita dpt melihat mereka berjaya pon dah hadiah untuk kita
ReplyDeleteSELAMAT HARI GURU BE ZAM
Yup BK, itulh hadiah plg besar
Deleteselamat hari guru zam!
ReplyDeletetugas seorang pendidik sgt mencabar.
dulu sue pernah bercita2 nak jadi pendidik.
tapi x kesampaian, at last jadi secretary.
dpt jadi pendidik buat anak2 pun kira ok jugak la kan. hehehe
Thanks Sue..Byw mnjadi ibu dan mendidik anak2 itupun dh cukup mulia ;))
DeleteSELAMAT HARI GURU ZAM =D
ReplyDeleteThanks Emma :)))
Deletex apa asal ikhlas
ReplyDeleteInsya Allah :))
Deletexpe la jnji ada smbutan jugak kan? hehe
ReplyDeleteBolehlah.. hehw
DeleteWahh...dpt hadiah flowers tu ke? Dulu kwn Teena ckp nk bg, tp xd pun..huhu
ReplyDeleteBunga tu, zam yg bg kawan2 guru
Deleteselamat hari guru angah! :)
ReplyDeleteat least pengalaman angah meraikan hari guru berbeza dgn cikgu lain..pengalaman tu sgt berharga..
Lain dr lain
Deletejadi, harap tidak terlambat ya untuk ucapkan :)
ReplyDeleteselamat hari guru.. :)
Thanks Si Mone :))
Deleteselamat hari guru zam. tak pe yang penting kerajinan zam untuk mengubah hidup mereka. itu sangat mulia kan
ReplyDeleteInsya Allah :)))
Deletesalam. cikgu juk din pun menyambut hari guru dgn sederhana aje..ada masuk sukaneka..dpt no 3..hadiah tupperware.. done follow here..
ReplyDeleteWslm Cikgu Juk :)) haa same ar kita.. appn thanks sb sudi follow ;))
DeleteCegu mengajar sekolah khas apa ? buta or deaf..abg & kakak sy pun cegu pendidikan khas juga... btw, happy teacher's day. God bless
ReplyDeleteButa.. abg n kakak cikgu khas jg ye.. skolh mn?
DeleteTakpelah Zam....
ReplyDeleteHadiah tak penting, yang penting jasa Zam terhadap mereka tu.... =D
Insya Allah Aaj :)) Thankss
Deleteselamat hari guru abe zamani! maaf deno terlewat wish utk abe.. deno sibuk dgn konvo baru2 ni... alhamdulillah, selamat juga dneo konvo 2 hari lepas :)
ReplyDeleteThanks dik.. eh dah konvo ye? Tahniah dik deno :)) nmpk mcm dak skolh je
DeleteA ah.. SKPK Kuching :)
ReplyDelete