e

Showing posts with label Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Tiba-Tiba Zam Jadi Sangat Beremosi Hari Ini

Assalamualaikum semua..

Dalam suasana persiapan sambutan Hari Guru yang bakal diadakan esok, Zam teringat pada satu lagu yang biasanya Zam akan dengar pada hari tersebut.

Rasa nak dengar semula lagu tu sebab dah lama tak dengar, tapi Zam tak tahu tajuknya.

Cari punya cari, Zam terjumpa juga di Youtube. Tajuknya, Guruku Tersayang.

Zam pasang- sambil melayan lirik dan muziknya, memori lama Zam datang bersama.. teringat pada guru-guru sekolah rendah Zam di Serdang dulu..

Sampai ke lirik 'guruku tersayang, guru tercinta, tanpamu apa jadinya aku', Zam jadi sebak yang teramat..

Spontan, Zam ikut sama menyanyikan lagu tu di mulut..

Diluar jangkaan, mulut Zam bergetar sebab menahan sebak.. Mata menahan air dari keluar

Allahurobbi... Tiba-tiba Zam jadi sangat emosi hari ni.. Teringat kat guru-guru Zam semasa darjah 1.. Masih adakah lagi mereka.. 



Tuesday, May 21, 2013

Hari Guru Zam Tidak Sama Dengan Guru Lain



Assalamualaikum & selamat petang. Dalam entri Zam sebelum ini berkenaan Hari Guru, ramai dikalangan rakan blogger yang bertanyakan tentang hadiah yang Zam dapat sempena sambutan hari tersebut di sekolah. Jadi dari situ, Zam rasa berminat untuk menceritakan serba sedikit tentang kisah sambutan Hari Guru Zam yang diraikan sejak 8 tahun lalu yang mungkin tidak sama dengan guru-guru di tempat lain.

Thursday, May 16, 2013

Teringin, Tapi Tak Kesampaian


Masa pertukaran hadiah sesama guru mengikut nombor undian dalam Majlis Sambutan Hari Guru tadi, Zam berharap sangat dapat hadiah kat atas ni.. Tahu apa benda tu? Tengok tag & simbol merah tu, tentu ramai yang dapat agak ia adalah sebuah flash drive, berbentuk karikatur Stitch. Tapi sayangnya, flash drive 8G ni dapat ke guru lain.. Tak ada rezeki Zam.. Apapun, ambil gambar je lah.. Comel je tengok Stitch ni jadi flash drive.. Huhu..