e

Tuesday, May 21, 2013

Hari Guru Zam Tidak Sama Dengan Guru Lain



Assalamualaikum & selamat petang. Dalam entri Zam sebelum ini berkenaan Hari Guru, ramai dikalangan rakan blogger yang bertanyakan tentang hadiah yang Zam dapat sempena sambutan hari tersebut di sekolah. Jadi dari situ, Zam rasa berminat untuk menceritakan serba sedikit tentang kisah sambutan Hari Guru Zam yang diraikan sejak 8 tahun lalu yang mungkin tidak sama dengan guru-guru di tempat lain.

Bila sebut tentang Hari Guru, mungkin kita membayangkan guru-guru menerima banyak hadiah pada hari itu. Mungkin juga, boleh dikatakan sampai tak muat bonet kereta.. Haha.. Biasanya memang begitulah, guru akan menerima banyak hadiah, nak-nak lagi jika guru itu merupakan seorang guru kelas.

Tapi situasinya berbeza dengan Zam.. Mengajar di sekolah pendidikan khas, suasana itu sebenarnya sangat mustahil untuk dirasai. Pertama, kerana murid kami tidak ramai. Tak lebih dari 50 saban tahun. Kedua, mereka menetap di asrama- dimana mereka amat jarang berpeluang keluar ke pasar atau pekan untuk membeli barang. Ketiga, kebanyakan dari mereka tidak mempunyai duit belanja & tidak dibekalkan dengan duit yang banyak kerana ibu bapa mereka, rata-rata dari golongan yang berpendapatan rendah.

Itu sahaja. Situasi mereka sebenarnya membataskan mereka dari melakukan perkara seperti kanak-kanak normal lain, seperti keluar ke bandar meminta ibu bapa membelikan itu ini sebagai hadiah buat guru mereka, atau mungkin saja dengan menggunakan simpanan wang saku mereka :)

Apapun, untuk Hari Guru kali ini, Zam terima 2 hadiah. 1 semasa sesi pertukaran hadiah sesama guru, 1 melalui sukaneka. Itu caranya bagi kami menjalankan sambutan Hari Guru. Simple kan? Rasanya, guru-guru di pendalaman turut mengalami situasi seperti kami :)

Begitulah kisah Hari Guru di sekolah Zam. Jauh berbeza dari sambutan besar yang lebih meriah di tempat lain :))

34 comments:

  1. Oh gitu...dik zam mengajar sekolah khas rupanya...
    Nama sekolah dik zam apa oh...:)

    ReplyDelete
  2. hehe. lain guru, lain pengalaman mereka :)

    ReplyDelete
  3. hadiah tak de tak pe..tp kat akhirat nnti dorang tu yg bg zam hadiah pahala.. ;)

    ReplyDelete
  4. Yang penting, menjadi guru bukanlah untuk menerima hadiah, kan Zam. All the best yer dik.

    ReplyDelete
  5. xpe be zam paling penting ilmu yang kita ajar dan kita dpt melihat mereka berjaya pon dah hadiah untuk kita

    SELAMAT HARI GURU BE ZAM

    ReplyDelete
  6. selamat hari guru zam!
    tugas seorang pendidik sgt mencabar.
    dulu sue pernah bercita2 nak jadi pendidik.
    tapi x kesampaian, at last jadi secretary.
    dpt jadi pendidik buat anak2 pun kira ok jugak la kan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sue..Byw mnjadi ibu dan mendidik anak2 itupun dh cukup mulia ;))

      Delete
  7. xpe la jnji ada smbutan jugak kan? hehe

    ReplyDelete
  8. Wahh...dpt hadiah flowers tu ke? Dulu kwn Teena ckp nk bg, tp xd pun..huhu

    ReplyDelete
  9. selamat hari guru angah! :)
    at least pengalaman angah meraikan hari guru berbeza dgn cikgu lain..pengalaman tu sgt berharga..

    ReplyDelete
  10. jadi, harap tidak terlambat ya untuk ucapkan :)

    selamat hari guru.. :)

    ReplyDelete
  11. selamat hari guru zam. tak pe yang penting kerajinan zam untuk mengubah hidup mereka. itu sangat mulia kan

    ReplyDelete
  12. salam. cikgu juk din pun menyambut hari guru dgn sederhana aje..ada masuk sukaneka..dpt no 3..hadiah tupperware.. done follow here..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Cikgu Juk :)) haa same ar kita.. appn thanks sb sudi follow ;))

      Delete
  13. Cegu mengajar sekolah khas apa ? buta or deaf..abg & kakak sy pun cegu pendidikan khas juga... btw, happy teacher's day. God bless

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buta.. abg n kakak cikgu khas jg ye.. skolh mn?

      Delete
  14. Takpelah Zam....
    Hadiah tak penting, yang penting jasa Zam terhadap mereka tu.... =D

    ReplyDelete
  15. selamat hari guru abe zamani! maaf deno terlewat wish utk abe.. deno sibuk dgn konvo baru2 ni... alhamdulillah, selamat juga dneo konvo 2 hari lepas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dik.. eh dah konvo ye? Tahniah dik deno :)) nmpk mcm dak skolh je

      Delete