e

Sunday, May 12, 2013

Migrain 24 Jam



Assalamualaikum & Selamat Pagi. MIGRAIN 24 JAM- 3 hari terakhir sebelum berhujung minggu kali ini, Zam dalam kesibukan yang teramat sangat. Kadang-kadang, tertidur terus sebaik saja pulang ke rumah pada lewat petang. Terasa sangat letihnya. Hasilnya, dari Jumaat malam sehingga pagi tadi, Zam alami sakit kepala yang teruk. 

Kalau dikira dari segi masa, lebih dari 24 jam. Ikutkan dari simptom yang ada, ramai yang gelarkannya sebagai migrain. Zam ada migrain? Zam pun sangat-sangat jarang mengalaminya sebelum ini, cuma baru-baru ini saja sakitnya menjadi-jadi, jadi Zam tak pernah ada persiapan ubat apatah lagi pengesahan dari doktor. Cara terbaik, Zam tidur awal malam tadi & bila terjaga pada sebelah paginya (hari ini), sakit tu dah berkurangan.

Pada rakan-rakan yang ada masalah yang sama, harap boleh kongsikan kisah anda di sini. Dalam masa yang sama, mungkin ramai yang mempunyai tips untuk menghilangkan rasa sakit akibat migrain ini.

Sharing is caring. Sehingga itu, berjumpa lagi dalam entri yang akan datang ;)

12 comments:

  1. wan pon selalu kena migrain. Tapi migrain wan ada bersangkut paut dengan sakit telinga. Biasanya wan makan panadol acti fast. lepas rehat kejap, dah ok.

    ReplyDelete
  2. Saya pun pernah kena migrain. Memang sakit sangat sampai tak boleh nak bangun dan nak buat kerja pun tak larat. Saya takde ubat sebab tak terfikir pun akan slalu kena migrain. Cuma saya akan tuam kepala saya dengan ice cube utk redakan sikit sakit tu

    ReplyDelete
  3. combi ta pnh kena lg.tp or ckp migrain nie teruk jgk sakitnye

    ReplyDelete
  4. Lisa xpasti sakit migrain ni mcm mana..tp lisa slalu jgk sakit kpala mcm menyucuk2 kat satu2 tmpat di kepala ni..

    ReplyDelete
  5. leeza pernah migrain n selalu gak.
    lambat makan .. or cuaca terlalu terik.. huuu

    ReplyDelete
  6. Migrain2 pun smpat lg bkk blog ea, apa2 pun byk kn rehat & mkn ubat ye..

    ReplyDelete
  7. AJ kalau kena migrain, apa pun tak boleh buat Zam...
    AJ selalunya akan pejam mata dan bergelap...

    ReplyDelete
  8. jarang dapat migrain. selalu dapat migrain bila terlalu busy sangat.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete
  9. baru jer akak kena migrain hari ahad lepas...lelapkan mata tak boleh buat apa..malamnya ke klinik doktor syor cuci darah, makan coklat hitam hilangkan stress, jaga pemakanan dan ambil ubat herba prureria mirifica dari klinik , baru jer nak amalkan....makan omega oil. doktor syorkan lebihkan kolestrol baik dengan makan walnut, coklat hitam, ikan salmon dan ikan laut. Banyak ler info doktor nie bagi....

    ReplyDelete
  10. Insyallah...bio velocity bleh mbantu masalah migrain...
    Jom singgah
    http://khainuar.blogspot.com/2013/05/bio-velocity-day-2013.html

    ReplyDelete