Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan
Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya
untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi
Khalid.
"Doktor menasihatkan
supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut.
Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas
perbincangan dilakukan," katanya hari ini.
Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.
Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.
Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.
Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
- Bernama

Ya Allah sebak tiba-tiba bila dapat tahu berita ni. Bagaimana rasanya bila kehilangan dua kaki yang selama ini kita gunakan sepanjang masa.. Besarnya dugaan kali ini.. Sama-samalah kita doakan beliau diberikan ketabahan & kesihatan yang baik selepas ini.. Amin...
Assalamualaiku.. Ustaz Azizan sakit apa? Maafla bertanya.. :D
ReplyDeleteWaalaikumusalam.. Sebelum ni, ada mslh kesihatan jantung.. yg tebaru, kaki terpaksa dipotong atas nasihat doktor bagi menghalang dr kuman terus merebak
Delete:(
Semoga Allah permudahkan segala urusan n ustaz Azizan sihat kembali..amin.
ReplyDeleteAminnn
DeleteSemoga segalanya berjalan lancar
ReplyDeleteaminnn
Deletesemoga segalanya berjalan dengan lancar
ReplyDeleteaminnn
Delete