e

Thursday, May 9, 2013

Tekini: Ustaz Azizan Bakal Jalani Pembedahan Bagi Memotong Kedua- Dua Kaki Esok



Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya hari ini.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

- Bernama

Ya Allah sebak tiba-tiba bila dapat tahu berita ni. Bagaimana rasanya bila kehilangan dua  kaki yang selama ini kita gunakan sepanjang masa.. Besarnya dugaan kali ini.. Sama-samalah kita doakan beliau diberikan ketabahan & kesihatan yang baik selepas ini.. Amin...

8 comments:

  1. Assalamualaiku.. Ustaz Azizan sakit apa? Maafla bertanya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. Sebelum ni, ada mslh kesihatan jantung.. yg tebaru, kaki terpaksa dipotong atas nasihat doktor bagi menghalang dr kuman terus merebak

      :(

      Delete
  2. Semoga Allah permudahkan segala urusan n ustaz Azizan sihat kembali..amin.

    ReplyDelete
  3. Semoga segalanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  4. semoga segalanya berjalan dengan lancar

    ReplyDelete