Assalamualaikum & Salam Jumaat. Akibat Blogger Tidak Pantau Komen Lucah. Mungkin anda pernah ke beberapa buah blog dan menjumpai komen-komen yang dilontarkan oleh pembaca lain yang tidak menyenangkan anda. Mungkin kerana ia berbunyi lucah atau terlalu kasar. Pendapat Zam, rasanya blogger perlu pantau komen-komen seperti ini dari terus berleluasa tersiar di entri mereka. Padam terus komen komen seperti itu, atau sorokkan dulu komen komen pembaca sebelum dipilih dan disahkan untuk dipamerkan di blog.
Tak faham juga Zam sebenarnya dengan sikap sesetengah blogger yang membiarkan komen komen dan perdebatan yang bukan bukan di ruangan komen entri mereka. Adakah kerana ingin menarik trafik apabila menjadikan blog mereka tempat melahar dan membincangkan gosip dan isu panas secara tak berilmiah?
Bukan apa, bila tak dipantau dengan baik, seolah olah menggalakkan lagi kegiatan tak berfaedah tu di masa akan datang.
Dalam isu ini, mungkin Zam boleh kaitkan dengan perkara yang menimpa blogger Mak Dara. Walaupun apa yang Zam perkatakan ini tidak 100 peratus menggambarkan situasi yang dialami oleh Mak Dara, Zam rasa kita perlu berkan perhatian serius. Kesian dia, tak pasal pasal avatar wajahnya digunakan oleh orang tak bertanggungjawab untuk melahar sesuka hati di alam maya.
Kalaulah pemilik blog lebih peka dan sensitif dengan komen komen yang tak beretika oleh pembaca, mungkin perkara seperti ini boleh dielakkan, kan?
Ini sekadar pendapat Zam..
erkkk..takut jugak kalau ada org gune gmbr2 kite..
ReplyDeletehurm :(
yup.. itulah.. seramm
Deletecyber crime ni memang dah berleluasa and lagi satu...pasal apa yang zam bincangkan ni...it's true... ada antara blogger2 yang membiarkan komen2 lucah atau komen2 yang x sepatutnya dalam komen entry mereka...dan ada juga blogger2 yang suka selitkan unsur2 yang x sesuai dibincangkan... untuk menarik perhatian traffic dan tarik orang untuk komen entry mereka...
ReplyDeleteblogger tanggungjawab dan tugasan bukan mudah...
setuju sangat dgn pendapat sis Farah ni~ 100% ;)
Deleteaha,, itu la..harapnya takda la org yg komen2 camtu kat blog sy..huhuhu
ReplyDeletesama2 lah pantau ek
Deleteteknologi yang disalahgunakan.....be careful....
ReplyDeleteya, betul tu..
Deleteyea , btul tu zam.. banyak perkara yg berleluasa sekarang ni .. kena berhati-hati lain kali biar tidak terjadi terus ...
ReplyDeletekena pantau dr semasa ke semasa kan
Deletebetul tu, kekadang saya suka baca entry dalam blok tertentu tapi saya tak suka langsung baca komen pada entry tersebut sebab confirm ada ayat2 berbau lucah2 ni. yang peliknya owner blog tu tak pernah pun delete or pantau komen2 tu. maybe untuk high rating kottt
ReplyDeletehaa.. itulah gambaran yg Zam maksudkan.. tak selesa sbnrnya..
Deletekesian dekat nasib yang menimpa mak dara. sabar je lah dengan org yang bertanggungjawab
ReplyDeletetindakan dh diambil.. harap tak ada lagi berlaku mcm tu
Deletealamak...sy pn jarang filter komen ni..huhu
ReplyDeletesama2 lah kita lps ni.. :)
Deletekena selalu blogwalking. kot2 terjumpa gambar komen muka kita.. hehe
ReplyDeletesusah gak mcm tu.. tp klu terjumpa, mmg nasib kita lah
DeleteDahsyat tu tuan. Last-last pengunjung serik berkunjung. Empunya blog yang jadi mangsa.
ReplyDeletesalah 1 natijahnya..
Deletekena moderate dulu komen2 ... kena pantau sebelum diapprove untuk publish...
ReplyDeleteyup, ramai blogger yg buat mcm tu kan
Deletedi alam maya ni terlalu byk tangan2 jahat..!!
ReplyDeletemgkin admin perlu pntau komen yg dtinggalkn sblm approve
ya.. begitulah nampaknya.. perlu lbh berhati2
Deletewah bagusnya kak Diana neh.. hehe
ReplyDeletebtw mgkn btul juga apa yg Kak bagitau tu.. slh 1 kmgknn
salam zam...
ReplyDeleteentri ini di review secara autopublish pada 28 Jun 2013 jam 10.09 malam.
http://www.mialiana.com/2013/06/review-6-akibat-blogger-tidak-pantau.html